Pengarah terkenal Syamsul Yusof didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Artikel Berkaitan: Perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Fakta Menarik Buat Pelancong
Artikel Berkaitan: ‘Kahwin Dengan Ira Kazar Untuk Elak Maksiat, Ikut Hukum Allah’ – Syamsul Yusof
Tak persefahaman
Memetik laporan Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.
@ohbulanofficial Syamsul Yusof didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini. Lah pulak dah? ? #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #irakazar #cerai ? Bocil Tang Ting Tung – Rian DTM
Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.
Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.