berita

Didakwa Tiru MV Jae Hyun, Penyanyi Thailand Dikritik Kpopers Sampai Merayu Mohon Maaf

March 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebelum ini, artis Malaysia pernah dikecam gara-gara salah faham mengenai isu ‘Blackpig’. Kali ini seorang penyanyi Thailand, Mew Supasit Tantong pula menjadi kecaman Kpopers (peminat K-Pop) di Thailand sehingga menjadi trending di Twitter dengan hashtag #MewApologizestoJAEHYUN

Artikel Berkaitan: Nyahaktif Laman Sosial, Janna Nick Nak Fokus Shooting Drama

Artikel Berkaitan:  Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Kisah bermula apabila penyanyi itu didakwa meniru muzik video sama dengan penyanyi kumpulan NCT dari Korea Selatan iaitu Jeong Yoon-atau lebih dikenali sebagai Jaehyun.

Cover lagu Ed Sheren

Baru-baru ini syarikat Mew Supasit Chongchewiwat telah mengeluarkan satu muzik video cover untuk lagu Ed Sheeran ‘Afterglow’ yang dikatakan sama dengan muzik video ‘I Like Me Better’ yang dinyanyikan oleh NCT’s Jaehyun. Perkara ini mencetuskan persoalan dari kalangan Kpopers yang rata-ratanya berang dengan Mew.

Malah, isu ini menjadi trending #no1 di Thailand selama beberapa hari dengan hashtag #MewSupasitcopyothersjob, #MewApologizesToArt, #MewApologizesToJAEHYUN, #MEWmust_SORRY_toJAEHYUN, #MSSsaysorrytoJAEHYUN dan #MewPlsApolog yang menggesa agar pihak Mew memohon maaf.

Mohon maaf secara terbuka

Tidak tahan menerima kecaman serta ugutan bunuh, akhirnya penyanyi Thaiand itu tampil memohon maaf dan menjelaskan isu tersebut. Menurutnya dia tidak sangka muzik video tersebut sangat memberi kesan kepada ramai orang, malah tujuannya hanya sekadar mempromosikan lokasi negara sendiri yang sama seperti luar negara.

Dia turut menegaskan sekali lagi bahawa tiada niat untuk meniru malah dia juga merupakan salah seorang peminat artis Korea terbabit. Mew turut dikatakan telah membuat pemohonan maaf sebanyak tiga kali dan yang terakhirnya adalah dia terpaksa membuat sidang media secara terbuka kerana keadaan tidak dapat dikawal.

Isu copyright MV

Berhubung isu ‘copyright’, pihak peguam Mew menjelaskan perkara ini mungkin sekadar kebetulan sahaja. Walau bagaimanapun pihak mereka telah memadam segala muzik video berkenaan di mana-mana platform termasuk Youtube dan cuba memberi penjelasan sebaik mungkin. Selepas dikaji kembali, muzik video ini bukan isu ‘copyright’ memandangkan ianya sama hanya dari segi pemakaian serta skema warna muzik video tersebut.

Tambah peguam itu lagi, persamaan turut dilihat dari segi sudut penggunaan kamera sahaja dimana ianya dikategorikan sebagai inspirasi. Perkara ini turut menimbulkan kemarahan peminat Mew apabila pihaknya memadam segala video berkenaan hanya kerana dikecam peminat K-pop. Mereka turut mempersoalkan karya K-pop bukan seperti matahari yang hanya ada satu di alam semesta.

https://www.youtube.com/watch?v=4iHguMcA2I4

Sumber : Verietyinfo, Worldtoday

 

SKIP THIS AD ×