Terdahulu, pengacara dan pelakon Janna Nick dihentam teruk oleh netizen gara-gara nama watak Lisa Blackpig yang dipercayai hampir saya dengan nama salah seorang ahli Blackpink. Malah, pengacara itu juga dikatakan memberi gambaran lebih jelas akan watak tersebut menerusi perkataan ‘oink-oink’ yang memberi maksud seekor khinzir.
Artikel berkaitan: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-pop
Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?
Terbaru, memetik laporan Gempak, Janna Nick mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun media sosialnya dan memberi fokus kepada kerjanya.
Saya minta maaf
Menurut Janna, dia membuat keputusan untuk menyahaktifkan akaun Twitter dan Instagram kerana ingin memberi tumpuan kepada penggambaran Marry Me Senorita. Katanya lagi, buat masa sekarang dia tidak mahu memberi apa-apa kenyataan berhubung insiden lalu.
Mengenai alam maya, saya yang menghilangkan diri dari alam maya. Tapi saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak. Setakat ini, siasatan polis sedang dijalankan dan saya tidak mahu komen.
Secara peribadi, saya okay tiada sosial media. Tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur klien memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai.
Fokus penggambaran
Penggambaran bagi drama tersebut masih berbaki kira-kira dua hari lagi. Janna menyifatkan komitmen kerja dia fokuskan kini membuatkan pengacara itu dapat melupakan masalah yang sedang berlaku.
Penggambaran hanya berbaki dua hari. Sebagai seorang pelaku seni, fokus saya saat ini adalah terhadap nashkah ini. Ada lagi banyak adegan konflik selepas episode ke-11 menuju penghujung iaitu episode 28.
Dan saya tidak boleh put on hold kerja hakiki saya hanya kerana ada masalah. Sebenarnya bekerja adalah membuat saya melupakan masalah dan memastikan mental saya sihat. Mental sihat sangat penting bagi saya.
Sumber: Gempak