berita

Didera Sehingga Cedera Oleh Anak & Menantu, Warga Emas Minta Bantuan Jiran

March 14th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Seorang warga emas yang dikurung dan didera oleh anak dan menantunya bertindak meminta bantuan jiran untuk melepaskan diri. Jirannya terpaksa bertindak memotong kunci pintu jeriji rumah tersebut untuk menyelamatkan mangsa.

Didera sehingga cedera

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Flat Sri Desa Wawasan, Bukit Mertajam di mana warga emas berusia 70-an itu didera oleh anak dan menantu sehingga menyebabkan kecederaan dibahagian belakang badan. Paling menyedihkan lagi, mangsa dikatakan jarang diberi makan oleh anaknya kerana kesempitan wang.

Berdasarkan maklumat awal, anak kepada warga emas itu jarang memberi ibunya makanan kerana didakwa mengalami masalah kewangan.

Anak mempunyai masalah mental

Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan dua anak lelaki dan menantu perempuan warga emas berkenaan bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anak warga emas itu menerima bantuan daripada JKM dan mereka mempunyai masalah mental dan tidak bekerja.

Menantu perempuan mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Selain empat beranak itu, cucu mangsa berusia 11 tahun iaitu anak kepada pasangan suami isteri berkenaan turut tinggal di rumah itu.

Mangsa nafikan dirinya didera

Menurut laporan lagi, mangsa dikatakan mempunyai sejarah sakit mental (kemurungan) dan menafikan telah didera oleh anaknya sebaliknya menyatakan kecederaan dialami akibat terjatuh. Pihak polis juga terpaksa mengambil keterangan daripada jiran mangsa untuk membantu siasatan kerana warga emas berkenaan hanya mendiamkan diri apabila di soal siasat.

Polis akan memanggil jiran mangsa untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes. Polis masih menyiasat siapa yang mendera wanita itu kerana ketika diselamatkan mangsa hanya mendiamkan diri sehingga dibawa ke HSJ.

Keluarga berkenaan dikatakan akan mengemis sekiranya wang bantuan daripada JKM sudah habis digunakan. Warga emas kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Beliau berkata, mangsa cedera di belakang badan, tangan dan kepala dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×