Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul dakwaan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah didakwa menjalin hubungan cinta dengan abang iparnya sendiri, Aliff Aziz.
Artikel Berkaitan: ‘Korang Buang Bella Macam Sampah, Macam Dia Pula Kena Tangkap Khalwat’ – Didi Astillah Bidas Aisyah Aziz
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Nak Tutup Aib Awak, Awak Buka Aib Orang Lain’ – Aisyah Aziz Tuju Pada Siapa?
Didi menafikan
Menerusi sebuah hantaran di Facebook, individu yang tidak bertanggungjawab telah memuat naik tajuk artikel dengan menggunakan gambar Didi dan Aliff.
Dakwaan yang ditulis individu itu juga mencetuskan kontroversi kerana menuduh mereka pernah bersekedudukan di sebuah tempat penginapan.
Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella. Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel.
Tidak berdiam diri, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah kemudian bertindak menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai satu fitnah.
Astaghfirullahalazim. Fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah dan jadikan artikel.
Terdahulu, episod demi episod tentang kisah kemelut rumah tangga Aliff dan Bella terbongkar selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.
Kontroversi tersebut menjadi lebih besar apabila ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine muncul dan mendedahkan mesej perbualan antara aktor itu dengan Ruhainies.
Bukan itu sahaja, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Sumber: Instagram (IG) Didi Astillah