Pelakon Fizo Omar mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sekeping foto keluarga bersama isteri tercinta, Fazeera Nazri Azrai dan dua anaknya iaitu Wan Maryam dan Wan Khaleeda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Kongsi Isteri Hamil Lima Bulan, Peminat Cakap Penat Tapi Seronok Anak Nampak Sebaya
Artikel Berkaitan: Syukur Hidup Lebih Bahagia, Mawar Karim Dedah Kini Duit Dah Tak Lesap – ‘Kalau Dulu Faham-Faham Lah Saya Kena Tanggung’
Ujian bagi kekuatan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fizo meluahkan rasa syukur atas kebahagiaan dan kesihatan baik yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Small family with big happiness? Syukur alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah. Semoga Allah berikan ketenangan buat semua.
Selain itu, aktor berumur 37 tahun menyifatkan fitnah juga termasuk dalam salah satu rezeki ujian.
Rezeki Allah ini datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan.
Move on lebih tenang
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat selepas bekas isteri Fizo, Mawar Karim memetik isu duit lesap di Instagram Stories.
Selain itu, ada pengikut yang meminta pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar untuk tidak melayan dan terus pandang ke depan.
Sekadar info, Fizo dan Mawar pernah berkahwin pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram