berita

Difitnah Zahida Rafik : Bekas Pemandu Menang Saman RM150,000

February 26th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-02-26 at 16.15.23

Pada 27 November 2013, bekas pemandu peribadi Zahida Rafik, Noor Azman telah memfailkan saman malu terhadap selebriti itu selepas dirinya didakwa melarikan wang sebanyak RM200,000.

Perkembangan terbaru, The Malaysian Insider melaporkan bekas pemandu Zahida dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon tersebut bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Screen Shot 2015-02-26 at 16.14.14

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 dikatakan diambil daripadanya.

Selain daripada itu, Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

SKIP THIS AD ×