Wardina Safiyyah antara personaliti yang lantang meluahkan pandangannya mengenai isu terkini tempatan dan luar negara. Walaupun sudah berhijrah ke Australia, namun dia masih mengikuti perkembangan semasa Malaysia menerusi media sosial.
Baru-baru ini bekas pelakon Spanar Jaya itu menyatakan pendiriannya tidak menyokong satu parti politik. Perkara itu disuarakan menerusi Facebooknya. Pengakuannya itu mendapat perhatian netizen yang kemudiannya mengundang balasan daripada Wardina sendiri. Kenapa pula?
Poyolah Farah
Menurut Wardina, seseorang menghantar screenshot dari Twitter Farah Harith yang menyelar tindakan ‘artis sendu yang tak menyokong parti X dan tak kisah tak akan dapat job’. Menurut individu itu lagi, mana-mana parti yang ingin disokong terpulang kepada hak masing-masing dan tidak perlu membabitkan kisah simpati ketiadaan tugasan.
Wardina kemudiannya meluahkan rasa tidak senang dengan tweet itu yang seolah-olah ditujukan atas kenyataannya sebelum itu.
Ada orang hantar screenshot ini kepada saya. Kepada Farah Harith, mohon diamkan diri dan berhenti mengeluh. Kamu mengeluh pasal semua. Kamu ada masalah. Apa yang saya pos di akaun Facebook saya adalah hak saya. Saya tak minta media mengambil dan membuat artikel mengenainya.
Memang sendu pun. Kenapa artis sendu ini layak dapat tweet dari kamu? Poyolah Farah. Kata kuncinya poyo. Dia boleh mengeluh tentang semua, sedangkan saya tak boleh naikkan apa-apa status tanpa diserang.
Marilah dengar keluhan dia
Ujarnya lagi, individu terbabit perlu dibiarkan membuat kenyataan di Twitter dan meminta tiada lagi mana-mana pihak menghantar screenshot mengenai wanita itu kepadanya.
Mari kita duduk dan dengar keluhannya. Tolong jangan hantar screenshot pada saya lagi. Biarkan dia di Twitter. Kadang-kadang saya rasa apa yang dikatakannya adalah refleksi dirinya. Dia saja yang betul.
Kamu dan pendapat berintelektual tinggi, berhentilah, Farah. Saya tak suka buat ni tapi jangan biarkan diri diperkotak-katikkan orang dan nyatakan pendirian sendiri.
Saya tak kata tak kisah tak dapat job
Saya rasa dia dalam diam menyukai saya. Cakaplah, kamu nak jadi kawan saya kan? Saya dah tak relevan, jadi biarkan saya begini. Terima kasih. Pembetulan di sini, saya tak kata saya tak kisah kalau tak dapat job.
Sesiapa tolong screenshot pos ni dan hantar kepadanya. Saya pun boleh buat macam dia buat, tapi saya pilih untuk tak buat kebiasaannya.
Sumber: Wardina Safiyyah