Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari awal, sudah tentunya mengetahui anak muda ini begitu memandang tinggi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Sebelum terlibat dalam kancah politik, dia terlebih dahulu menjadi ahli Program Perdana Fellows yang diterajui Tun ketika itu.
Tun M, the perfectionist
Tempoh hari Syed Saddiq memuatnaik kisah dia mengenali Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang sangat mementingkan kesempurnaan atau perfectionist dalam bekerja. Tweet kemudiannya mendapat perhatian dan dikongsi ribuan netizen.
Antara lain, Syed Saddiq berkongsi ketelitian Tun Mahathir terhadap teks ucapan dan idea yang disampaikan ketika perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Buat research
Tidak lama selepas itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik satu tweet yang seolah mempersoal kenyataan menteri itu.
Perfectionist? Kamu banyak berkhayal ke taksub? Kamu masa tu masih dalam perut ibu, budak. Buatlah kajian sikit.
Walaupun tidak menyebut apa-apa nama, namun portal seperti Free Malaysia Today dan Malaysiakini mengaitkan tweet berkenaan sebagai balasan untuk tweet asal Syed Saddiq.
Ini respon Syed Saddiq
Terbaru, Syed Saddiq menerusi Twitter dan Instagramnya memberi respon ke atas tweet TMJ itu. Katanya, jika kita terlalu asyik memandang ke belakang, kita tidak boleh maju ke depan.
Menteri muda ini juga sempat mendoakan kesejahteraan TMJ di akhir posnya itu. Setakat ini tweet berkenaan meraih ratusan retweet daripada netizen.
Sumber: Syed Saddiq, TMJ, Malaysiakini