Suka atau tidak, penyanyi dan komposer Zynakal harus menerima kenyataan dirinya mempunyai masalah mental jenis Bipolar Mania pada usia yang begitu muda.
Artikel Berkaitan: Zynakal Kena Tipu, Bekas Pengurus Songlap Lebih RM200k
Artikel Berkaitan: Berhenti Belajar Sebab Penat, Netizen Tak Setuju Tindakan Zynakal – ‘Ingat Semua Pelajaran Itu Penting’
Dipaksa buat diagnos selepas bertindak luar kawalan
Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, pelaku seni berusia 25 tahun ini sudi meluangkan masa dan berkongsi kepada OhBulan! dalam kempen Besties, Pape Roger secara eksklusif tentang sakit Bipolar Mania yang dialaminya.
Tenang menjawab setiap soalan yang diajukan, pemilik nama sebenar Muhammad Raziq Rosli yang memiliki sepasang mata redup dan bertubuh genit berkongsi setiap peristiwa dan insiden yang berlaku dalam hidupnya ‘bergelut’ dengan Bipolar Mania.
OhBulan!: Bila Zyn diagnos ada Bipolar Mania?
Zynakal: Saya diagnos pada tahun 2019 di Hospital Kuala Lumpur. Ketika itu bukan kerana keinginan tetapi dipaksa untuk buat pemeriksaan selepas saya bertindak di luar kawalan (insiden).
Pernah berlaku satu insiden yang mendakwa saya telah memukul orang. Kemudian selepas insiden saya telah dibawa ke hospital. Pada awalnya saya dibawa ke hospital kerana mahu buat pemeriksaan kesihatan sahaja. Ada salah faham yang berlaku antara saya dengan doktor, saya nak pergi hisap rokok tapi dihalang. Kemudian doktor ajak saya main game, dia kata nak bagi saya satu ubat. Tak sampai tiga saat saya makan ubat itu terus terlelap.
Bangun sahaja, saya sudah berada di wad psikiatri yang saya sendiri tak tahu psikiatri itu apa. Saya tengok keliling bukan wad biasa sebab tiada orang yang kena masuk air dalam badan. Sehingga malam hari pertama itu doktor bagitahu yang saya berada di wad untuk orang sakit mental.
OhBulan!: Awak rasa apa punca sebenar?
Zynakal: Saya rasa Bipolar Mania ini berlaku disebabkan culture shock. Sebab di usia yang muda saya sudah dikenali menjadi seorang penyanyi dan ada kewangan yang agak baik. Selain itu, saya rasa keadaan di sekeliling iaitu kawan yang buat saya hidap Bipolar Mania.
Apabila saya ada kerjaya, ia membuat saya jadi teruja. Disebabkan terlalu teruja ia membuat keadaan saya tidak stabil. saya berkerja lebih masa.
Zynakal pukul orang?
OhBulan!: Kongsikan insiden yang mendakwa awak telah memukul orang.
Zynakal: Perkara ini sebenarnya salah faham, asalnya hanya perkara kecil. Secara kasarnya, Bipolar Mania ini membuatkan seseorang itu cepat triggered, kadang dengan bendal kecil boleh buat marah.
Ada suatu hari saya nak pergi beli air di sebuah stesen minyak. Waktu itu saya tiada tunai dan tanya kepada kaunter boleh ke bayar menggunakan cara lain, yang jaga cashier warga Bangladesh. Kemudian dia cakap, ‘kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit’.
Saya rasa benda itu agak kurang sopan, saya tarik dan peluk dia. Saya bisik pada telinga dia ‘bro awak dekat Malaysia, orang Malaysia terutama orang Melayu ada adab yang tinggi, cakap elok-elok’. Saya cakap itu sahaja, tapi mungkin dia terasa terancam ketika itu.
Selang beberapa minit selepas itu saya masuk kereta dan tiba-tiba ada empat buah kereta polis datang kepung kereta saya. Saya fikir ada rompakan sebab semua polis bawa senjata. Saya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk beri keterangan. Itu sebenarnya insiden yang ‘heret’ saya ke hospital selepas itu.
OhBulan!: Ada kemungkinan atau tidak awak akan bertindak di luar kawalan ketika di stesen minyak itu?
Zynakal: Memang ada, sebab kejadian itu buat saya triggered dan saya dah mula menggigil. Ketika itu juga saya kena buat keputusan dan keputusan saya untuk keluar dari situ. Punca dia pekerja itu mula tinggi suara dengan saya.
Alami symptom awal Bipolar Mania
OhBulan!: Pernah sedar tak simptom awal sebelum ini?
Zynakal: Saya rasa sebenarnya banyak simptom yang saya ada. Tetapi berkemungkinan ketika itu saya tiada ilmu tentang Bipolar Mania. Antara simptomnya adalah saya tidak tidur selama empat hari disebabkan terlalu seronok menulis lirik lagu.
Kalau saya keluar rumah ketika itu pun saya akan pakai headphone dan bawa buku serta pen. Ke mana sahaja saya pergi akan menulis lirik. Saya seorang diri sahaja. Selama empat hari tak tidur langsung itu membuatkan otak saya jadi benak.
OhBulan!: Kenapa sampai tak tidur selama empat hari?
Zynakal: Orang yang ada Bipolar Mania ini mereka akan berdepan dengan tiga tingkah laku (TBKT) iaitu sensitif, kreatif dan agresif. Permulaannya adalah sensitif kemudian akan menentukan sama ada tindakan seterusnya adalah kreatif atau agresif.
Seandainya kreatif maka saya akan menulis lagu sampai tidak tidur beberapa hari. Boleh bagi saya chord lagu kemudian saya boleh siapkan lagu tersebut. Kadang dalam tempoh empat hari itu, saya boleh tulis sampai 20 lagu.
OhBulan!: Bagaimana keadaan diri Zyn ketika pertama kali tahu didiagnos?
Zynakal: Saya didiagnos ketika dalam keadaan saya Bipolar. Jadi ketika dapat tahu itu saya tidak rasa sedih dan tidak juga rasa nak marah. Saya anggap itu macam perkara baru untuk saya. Saya ambil itu sebagai satu pembelajaran.
Saya kaji balik diri saya. Saya gembira sebab tahu sakit itu bagaimana rasanya, tapi sedih sebab akan mengganggu kerja saya. Bercampur baur perasaan saya, cuma tidak melampau. Malah, perasaan ingin tahu tentang sakit itu lebih tinggi.
OhBulan!: Pernah tak Zyn salahkan takdir?
Zynakal: Saya tak pernah menyalahkan takdir apabila menghidap penyakit ini di usia yang sangat muda, ketika itu baru sahaja umur 21 tahun. Saya cuma ingin tahu apa seterusnya yang akan jadi dalam kehidupan.
Daripada menyalahkan takdir, saya berterima kasih kepada Allah. Berterima kasih itu maksudnya saya mewakili individu yang ada masalah sama seperti saya. Dengan nama yang ada, saya rasa itu satu kelebihan yang Allah bagi, saya boleh keluarkan lagu supaya dapat membantu orang lain.
OhBulan!: Pada siapa awak kongsikan selepas disahkan diagnos?
Zynakal: Selepas keluar hospital, saya kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan industri. Antara kawan industri yang saya kongsikan ialah Sufian Suhaimi, Caprice, Yonnyboi dan ramai lagi. Mereka tunggu saya keluar daripada hospital. Saya gembira kerana mereka masih mahu berkawan dengan saya. Malah, mereka mendoakan yang terbaik untuk saya.
OhBulan!: Ada tak yang sudah tidak lagi mahu berkawan dengan Zyn?
Zynakal: Sebenarnya bukan orang yang tidak mahu berkawan dengan saya, tetapi saya yang mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan sesetengah orang. Tak silap selepas saya keluar hospital, ‘following’ di Instagram saya kosong (zero). Sebab saya ada perasaan insecure dan terlalu overthinking.
Zyn rasa kosong dan hilang arah
OhBulan!: Berapa lama awak mencari semula kekuatan untuk terima kenyataan?
Zynakal: Saya ambil masa dua minggu untuk saya menerima keadaan sebenar. Waktu itu juga saya cuba faham diri sendiri. Visual keadaan saya ketika itu sama seperti muzik video lagu Sakit.
OhBulan!: Tempoh menyendiri dua minggu itu apa yang awak buat?
Zynakal: Saya tak buat apa-apa, dalam dua minggu saya blank. Saya memang rasa kosong yang teramat sangat. Orang cakap dengan saya, saya tak boleh fokus. Saya tengok telefon, telefon tengok saya.. Entah apa saya fikir pun tak tahu.
Saya langsung tak keluar rumah. Saya tidur sehari lebih 12 jam, sangat lama. Kalau tidur watu malam, saya akan bangun petang esoknya. Malah, saya pasang mood airplane sebab takut kalau orang telefon saya.
OhBulan!: Selepas dua minggu berkurung, adakah awak jadi ‘The New Of Zyn’?
Zynakal: Lebih kurang juga, tapi bukan seratus peratus berubah. Bila dah berlalu tempoh berkurung itu saya sudah ada perasaan lain. Perlahan-lahan cari semula sinar hidup baharu.
Buat pembaca OhBulan! kalau korang ingin tahu lebih lanjut mengenai masalah mental, kaedah rawatan, perkongsian pesakit mental yang lain? Korang boleh ke Besties, Pape Roger untuk baca artikel-artikel lain. Korang juga boleh buat luahan hati secara anonymous tau! So guys, pape roger ok?