berita

#BestiesPapeRoger- Kaedah Holistik: Pendekatan Berbeza Untuk Merawat Stres!

October 2nd, 2023 | by Azyan
Kini Trending

“Stressslahhhhhh!!”

Ha, mesti hari-hari korang ada cakap benda ni kan? Sikit-sikit stres, sikit- sikit stres. Ada perkara memang korang perlu rasa stress tu tapi ada perkara tu tak perlu pun. Benda boleh settle, betul tak?

Tapi korang tahu tak yang  stres berlarutan boleh menyebabkan kesan buruk? j

Jangan risau, dalam artikel ni juga admin akan terangkan juga kaedah holistik yang boleh diguna pakai untuk merawat stres ni!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger-Percayalah Korang, Penyakit Mental Itu Wujud & Boleh Memberi Kesan Secara Universal!

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Penyakit Mental Bukan “Gila”

Artikel berkaitan: #BestiesPapeRoger- Jantung Berdegup Lebih Laju – Korang Mungkin Ada Anxiety!

Tak ramai yang tahu mengenai kaedah holistik. Kebanyakkan rawatan masalah kesihatan mental, selalunya kita lebih memilih untuk berjumpa dengan doktor atau psikiatri, betul tak?

Boleh, bukan tak boleh malah tak salah pun. 

Namun,setiap pesakit mempunyai simptom yang berbeza-beza. 

Ada orang yang boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan juga sesi terapi tapi ada juga pesakit yang dah pergi ke beberapa sesi masih tak rasa yang kaedah tersebut bersesuaian dengan mereka dan tak ada apa-apa perubahan pun. 

Kaedah holistik? Apa tu? Tak pernah dengar pun?

Kaedah holistik ni lebih menekankan mengenai apa yang pesakit mahukan dan juga menyediakan corak rawatan khas untuk pesakit tersebut mengikut keperluan mereka, dalam pada masa yang sama tidak mengetepikan manfaat ubat-ubatan. 

Fokus merawat akan dikembangkan bukan sahaja untuk kepada simptom itu tetapi kepada pesakit tersebut. 

Segala aspek yang membuatkan pesakit tersebut lebih selesa seperti mengambil tahu apa yang mereka perlukan, apa dan siapa yang mereka rasa akan bantu mereka untuk menjadi lebih baik dan sebagainya. 

Selain memperkenalkan pendekatan seperti aspek kerohanian, kelas seni, mengintegrasikan sesi-sesi atau sokongan dari orang yang pernah di dalam situasi yang sama untuk menceritakan mengenai pengalaman mereka, memperkenalkan spiritual kaunselor dan sebagainya.

Bagaimana kaedah ni boleh bantu untuk merawat stres?

Manfaat utama yang datang dari sistem sokongan secara holistik adalah, orang tersebut akan rasa lebih disokong. 

Bila mereka dpt sumber sokongan dari pelbagai tempat dan bersesuaian dengan keperluan mereka, mereka akan rasa lebih didengari dan seterusnya membuatkan proses pemulihan akan berjalan dengan lebih lancar. 

Ini kerana, cabaran utama untuk seseorang yang mempunyai masalah mental ialah mereka senang rasa dipinggirkan, diabaikan dan keseorangan. Kalau kita mempunyai sistem yang holistik, sokongan itu akan lebih bermanfaat. 

Tapi, kaedah ni dah digunapakai ke eh dekat Malaysia? Kalau jarang dengar, mungkin tak banyak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIASA Malaysia (@miasa.malaysia)

Betul tu guys, tak banyak tempat menggunakan kaedah ini. Boleh dikatakan sangat kurang. Antara yang menggunakan kaedah ini adalah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental atau MIASA. 

Menurut Prashanth Vasantha Kumar, Clinical Psychologist dari MIASA Malaysia, kaedah ini sebenarnya diinspirasi daripada sebuah tempat bernama Chiase di Itali dimana disana, mereka mempraktikan sistem holistik yang berteraskan komuniti. 

Oleh kerana kaedah ini telah digunakan secara menyeluruh disana, wad psikatiari mereka juga telah dilupuskan sepenuhnya. Malah, kaedah ini boleh dikatakan mula diterima di Malaysia lebih-lebih lagi selepas pandemik. Banyak syarikat-syarikat korporat juga mula memanggil pihak MIASA untuk melakukan sesi-sesi yang berkaitan dengan kaedah holistik.

Normal ke eh stres ni? 

Korang tahu tak yang stres ni sebenarnya bukan penyakit? 

Betul tak tipuu, stres sebenarnya merupakan fenomena yang mana semua manusia akan hadapi. Stres ni boleh timbul apabila kita menghadapi sesuatu cabaran yang dimana kebolehan kita dicabar dan ianya sesuatu yang sangat normal. 

Namun, ia menjadi masalah apabila kemampuan kita untuk mengatasi stress tu tidak mencukupi. 

Daripada sini, ia boleh memberikan impak kepada badan kita. Ini kerana bila kita stres, badan kita akan mengeluarkan hormon yang bernama hormon kortisol. Fungsi hormon ini adalah untuk:

  • Membantu pembentukan memori
  • Melawan peradangan dalam tubuh.
  • Mengendalikan keseimbangan garam dan air dalam tubuh.
  • Mengatur kadar gula dalam darah.
  • Menyesuaikan tekanan darah dengan keadaan tubuh.
  • Membantu perkembangan janin pada ibu mengandung

Jadi apabila hormon ini dikeluarkan secara berlebihan akibat stres yang terlampau, ia boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit.

Apa kesan jangka masa pendek dan kesan jangka panjang stres berlebihan?

Kesan jangka masa pendek yang paling selalu boleh kita kaitkan dengan stres ialah memori terganggu, darah tinggi, hypertension, selera terganggu, mual dan sebagainya. 

Manakala untuk jangka masa panjang pula ia boleh meningkatkan risiko penyakit mental atau fizikal yang lebih serius seperti kemurungan dan anxiety. 

Cari cara untuk mengatasi stres ni!

Admin yakin setiap orang mesti ada satu benda atau perkara yang boleh buat mereka rasa lebih gembira. Tak kisah lah jogging ke, tengok movie ke, cafe hunting dengan kawan-kawan atau semudah tidur! 

Gunakan perkara-perkara ni sebagai cara untuk korang mengatasi stres tersebut. Ambil tahu mengenai perkara yang betul-betul buat korang rasa happy dan pastinya, jangan bersendiri okay?

Luahan apa yang terpendam sama ada dekat kawan atau di Besties, Pape Roger!

Cuba untuk luahan apa yang dipendam dalam hati korang tu dan cari seseorang untuk diluahkan. Kalau takut kena judge, jangan risau, korang boleh luahkan secara anonymous (tanpa identiti) di SINI, di bawah seksyen “Luahan Hati”. 

Sentiasa mengutamakan diri korang dahulu berbanding orang lain dan letakkan kesihatan mental serta fizikal korang sebagai keutamaan utama. 

Admin harap artikel ni boleh bantu korang untuk mendapatkan kesihatan mental yang lebih baik! Ingat Besties, Pape Roger okay?

Article ini adalah kolaborasi bersama MIASA Malaysia dan juga hasil perbincangan bersama Prashanth Vasantha Kumar, Clinical Psychologist dari MIASA Malaysia

* Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA), atau Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental  – adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Selangor. Ditubuhkan pada bulan September 2017 dan telah berdaftar dibawah ROS dengan nombor pendaftaran PPM-027-10-14092017. Ikuti mereka di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×