berita

Digelar ‘Opportunist’ Jumpa DS Najib Razak, Ini Sebenarnya Yang Dibincangkan Syed Saddiq

November 26th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini, bekas Menteri Belia dan Sukan (KBS) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikecam pengguna media sosial gara-gara berjumpa Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri itu. Ada yang menggelar Sadiq sebagai ‘opportunist’, yakni hanya bertemu dengan mereka yang berkepentingan jika berkehendakkan sesuatu.

Namun perjumpaan Sadiq dan barisan pimpinan MUDA bersama Najib Razak sebenarnya bagi membincangkan mengenai beberapa isu antaranya pelanjutan moratorium, isu belanjawan dan windfall tax (cukai sarung tangan).

Tidak salah duduk semeja demi kepentingan negara

Syed Saddiq berkata bahawa pertemuan itu adalah untuk membincangkan tentang isu KWSP, pelanjutan Moratorium, isu Cukai Durian Runtuh, peruntukan JASA, kebajikan mahasiswa dan lain-lain. Bagi beliau, tifak salah untuk duduk semeja demi kepentingan negara.

Dahulu ketika berkhidmat di KBS sebagai kerajaan, saya dapat bekerjasama dengan Datuk Seri Najib berkenaan #Undi18. Sejarah baru tercatat apabila tiga pindaan perlembagaan berjaya diluluskan dan 7.8 juta pengundi muda diangkat

Malaysia perlu membudayakan dwi-partisan. Tidak salah untuk semua duduk semeja demi kepentingan negara

Parti MUDA percaya perbincangan dengan ahli Dewan Rakyat dari mana-mana parti adalah sebahagian dari tugas politik.

Agenda cukai Sarung Tangan

Foto: Facebook Syed Saddiq

Dalam satu perkongsian di Facebook yang dibuat oleh Radzi Tajuddin, beliau berkata bahawa parti MUDA percaya kepada dwi-partisan dan mereka membawa agenda Cukai Sarung Tangan bersama pemimpin parti kerajaan.

Jika cukai Sarung Tangan ini dilaksanakan, ianya boleh memberikan tambahan hasil kepada kerajaan sebanyak RM4 bilion. Wang tambahan hasil itu boleh dibelanjakan sebagai bantuan wang tunai atau subsidi gaji kepada rakyat. 

Perkara yang akan membawa kebaikan kepada rakyat ini ditekankan ketika perjumpaan antara Syed Saddiq dan Najib Razak. 

Mereka juga turut bertemu bersama YB DS Saravanan dan Puan Linda, Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk mengetengahkan agenda ini.

Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP i-Sinar

Foto: KWSP

Kerajaan hari ini telah bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapat akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000. 

Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termauk tuntutan semua Yang Berhormat, sukaciat dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan

Beliau juga berkata mereka yang menghadapi kesusahan akibat pandemik Covid-19 layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor, dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Sumber: Radzi Tajuddin, Syed Saddiq.

 

SKIP THIS AD ×