berita

Dihina Cacat, Parkinson, Ardell Trauma Nak Keluar Rumah Selepas Video Perkahwinan Jadi Bahan Lawak Netizen

September 9th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tanggal 1 September lalu pastinya menjadi kenangan manis buat pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana apabila mereka disatukan selepas sekian lama menjadi teman rapat. Bagaimanapun, video rakaman yang menunjukkan Ardell menggigil ketika hendak disarungkan cincin mungkin menjadi pengalaman pahit buat pasangan itu selepas mendapat banyak kecaman daripada netizen.

Jika sebelum ini suami dan adik iparnya Nadzim Adhzam tampil menjelaskan persepsi negatif netizen terhadap video tersebut, kini giliran Ardell pula menceritakan perkara yang sebenar.

Terpaksa kurung diri, tak keluar rumah

 

https://www.instagram.com/p/B2GSUj8BBdv/

Menerusi video yang dimuat naik Mingguan Wanita, Ardell mengakui video yang tular itu memberikan impak yang besar buat dirinya.

Katanya disebabkan oleh video tersebut, dia terpaksa mengurung diri di rumah akibat tertekan dengan persepsi serta kritikan negatif yang dibuat oleh netizen terhadapnya.

Malah, kesedihannya lebih teruk apabila segelintir netizen turut mengaitkan isu malam pertama sehingga menyebabkan dirinya enggan keluar beberapa ketika.

Pertama kali saya minta maaf kalau video pernikahan kami tular sehingga ada yang membuat parodi dan ada juga yang menghina dengan mengatakan saya perempuan cacat, parkinson dan macam-macam lagi.

Saya lagi bertambah tertekan apabila ada netizen menyentuh isu malam pertama, mereka bertanya berkenaan badan saya pada ketika itu. Disebabkan itu saya tidak keluar rumah beberapa hari.

Dibuli di depan khalayak umum

Bercerita lebih lanjut Ardell berkata, selepas dipujuk oleh suaminya untuk keluar, dia dan suaminya turut ‘dibuli’ oleh netizen yang melihat mereka ketika makan di Shah Alam.

Katanya, video itu ternyata memberi kesan yang besar buat dirinya dan suami kerana mereka bukan sahaja dikritik netizen di laman media sosial, malah turut ‘dipermainkan’ di khalayak umum.

Selepas dipujuk suami, dua hari lalu saya makan di Shah Alam. Tapi jadi paranoid apabila ada satu kumpulan remaja dalam kereta berhenti semata-mata nak rakan dan gelakkan kami.

Ia sudah dikira seperti membuli. Maknanya video yang tular itu memberi impak yang besar, bukan sahaja dikecam di laman sosial tapi di umum pun kena juga. Jadi saya mohon henti buat parodi dan kecam.

Bukan nak buat drama

Pelakon itu turut menafikan pandangan sesetengah pihak yang menganggap reaksinya yang menggelatar ketika hendak disarungkan cincin itu merupakan satu gimik dan lakonan semata-mata.

Sebenarnya saya dan suami tak niat apa-apa pun nak buat drama walaupun kami berdua pelakon. Bila moment suami cakap ‘saya terima nikahnya’ selepas lafaz akad itu saya rasa semuanya sudah berubah.

Rasa tak nak kahwin

Ardell berkata keadaan itu terjadi kerana dirinya menghidapi penyakit anxiety dan kemurungan yang menyebabkan dirinya takut apabila berada dalam keadaan ramai orang.

Malah disebabkan penyakit itu, dia turut terfikir untuk melarikan diri sebelum perkahwinannya.

Saya ada anxiety dan kemurungan yang teruk jadi saya tak boleh berada dalam keadaan ramai orang. Kalau ikutkan hari saya nak lari sebab sebelum majlis lagi dah menggeletar.

Saya rasa tak nak kahwin sebab saya takut dengan pelamin nanti penyakit saya tu datang menyerang.

Sebelum ini, suaminya Nadzmi turut tampil menjelaskan perkara sebenar dan mendedahkan isterinya itu sememangnya mengalami kemurungan yang teruk dan masih dalam proses pemulihan.

Sumber: Instagram Mingguan Wanita

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×