Ketika umat Islam seluruh dunia bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadan, ada yang berduka kehilangan orang tersayang. Food rider, Daniel Dzaqi pergi menghadap Ilahi di usia 21 tahun, membuatkan berita sedih itu mengejutkan keluarga dan rakan-rakan.
Berhati baik, selalu menghiburkan
Rakan arwah memuat naik status di Twitter mengenang pemergian Daniel yang disifatkannya sebagai berhati baik dan selalu mencuba untuk menghiburkan hati ramai orang.
Sempat upload Instagram story
Arwah juga sempat memuatnaik IG story beberapa jam sebelum kemalangan membabitkan perlanggaran dengan kereta itu berlaku. Foto kurang jelas itu disertakan dengan kapsyen meluahkan ketakutannya meredah kegelapan malam ketika berkhidmat sebagai rider makanan segera.
Kematian dicemburui
Seorang lagi rakan arwah yang pernah bekerja bersamanya turut menzahirkan rasa sedih atas kematian rakannya itu. Menurut Syamael Ahmad Shamsuddin, pemergian Daniel adalah sesuatu dicemburui kerana dijemput pergi di bulan mulia.
1 Ramadhan 1441 Hijrah, Jumaat, 23/4/2020
Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun… Allahummaghfirlahu warhamhu wa’fihi wa’fu anhu…Alangkah berdukanya serta cemburunya hati ini terhadap diri mu wahai sahabatku Daniel Dzaqi di atas pemergianmu ini. Sesungguhnya kemuliaan hatimu ini jelas tampak tatkala Sang Pencipta mengambil kembali dirimu di bulan yang sungguh mulia ini. Subhanallah.
Untuk pengetahuan semua, saudara al marhum merupakan sahabat seperjuangan saya di TGV Cinemas. Lembut hati orangnya, gurau sendanya penuh hikmah, menjentik jiwa serta sering mengukir senyuman di bibir ini. Sembangangnya halus dan telus, teguran serta nasihatnya mampu membangkitkan kembali hati yang berduka lara. Subhanallah, tidak terungkap betapa dekatnya diriku ini terhadapmu wahai sahabat.
Marilah sama-sama mendoakannya agar dipermudahkan segala urusannya di dunia & di akhirat in shaa allah. Pengajaran jua buat diri ini yang sungguh lemah betapa penentu kemuncak kehidupan kita yang sebenar adalah sebermulanya nyawa ditarik dari jasad yg lemah ini. Bihusnil Khotimah in shaa allah.
Sumber: Aiman, Syamael Ahmad Shamsuddin