Seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun ditahan polis di atas dakwaan mencekik pekerja stesen minyak di Ampang. Berikutan dakwaan tersebut, nama Haqiem Rusli dikaitkan dan menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Menerusi Instagram Haqiem Rusli, dia telah memberi kenyataan berhubung dakwaan yang dibuat oleh netizen. Dia berharap netizen tidak terburu-buru membuat sebarang kesimpulan.
Dakwaan netizen
Di ruangan komen Instagram milik Haqiem Rusli dibanjiri dengan komen dari netizen yang beranggapan isu berkaitan mencekik pekerja stesen minyak didakwa adalah dirinya.
Saya tak lari ke mana
Menerusi insta story miliknya, dia berkata bahawa dia masih ada disni dan tidak melarikan diri. Dia berharap agar netizen tidak mengaitkan dirinya berhubung isu berkenaan.
Sentiasa hidup dalam keadaan positif
Dia juga menyarankan agar orang ramai selalu berfikiran positif terhadap sesuatu perkara agar hidup dalam aman dan harmoni.
Sumber: Haqiem Rusli