Pelakon Riena Diana tidak mengambil hati mengenai kecaman netizen yang mengkritik dia ketika mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Tiket ABPBH 36 ‘Laku Keras’ & Habis Dijual, Bukti Sokongan Peminat Tetap Utuh
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Bintang Paling Popular ABPBH 36, Raih Lebih 8 Juta Undian! – ‘Dont Give Up, Allah Is Up’
‘Tak semua suka’
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, mengendalikan sebuah acara yang besar adalah perkara baharu untuk dirinya dan akan perbaiki pada masa akan datang.
Kepada sesiapa yang kecam saya, kata tidak best, tidak mengapa. Saya tidak ambil hati pun, kerana saya percaya tidak semua akan suka apa saya buat.
Namun, jika tiada yang lama maka tiadalah yang baharu. Saya rasa tidak salah berikan peluang kepada orang baru untuk jadi hos ABPBH.
Kalau korang bagi saya peluang lagi selepas ini, mungkin saya akan jadi lebih baik.
Riena berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Riena bagaimanapun menganggap dia sudah memberikan yang terbaik bersama dua gandingan hos iaitu Didie Alias dan Haniff Hamzah.
Sampai bila saya tidak mencuba sesuatu yang baru kan? Saya juga sudah lakukan yang terbaik pada malam itu.
Nenek saya cakap, kalau tidak boleh terima kecaman jangan jadi artis. Kepada yang suka saya syukur, alhamdulillah.
Terdahulu, warganet meluahkan pendapat mereka di platform media sosial dengan mengatakan Riena ‘gagal’ mengendalikan malam kemuncak ABPBH 36 dengan baik.
Sumber: TikTok