Hanya disebabkan menetap di kawasan perumahan flat tetapi memiliki perabot dan barangan jenama mewah, seorang TikToker yang dikenali sebagai Syamimia telah dikecam segelintir netizen.
Artikel Berkaitan: Kerap Buat Konten ‘Sweet’ Bersama, TikToker Dicerai Talak Tiga – ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’
Rumah arwah ibu
Segelintir netizen telah mempersoalkan taraf hidup Syamimia yang dikatakan tidak sesuai untuk menetap di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) memandangkan kehidupannya nampak mewah.
Tampil menjernihkan perbalahan antara netizen, Syamimia akhirnya ‘membuka mulut’ dengan mendedahkan rumah tersebut telah dibeli oleh arwah ibunya sebelum meninggal dunia.
Jelas Syamimia, dia juga terpaksa ‘korbankan’ pengajiannya disebabkan mahu bekerja dan melangsaikan hutang arwah ibunya.
Saya berhenti belajar lepas Ummi meninggal. Ummi baru berapa bulan beli rumah ni dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KL.
Supaya Ummi tenang di ‘rumah baru’. Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak perjelaskan pada orang tidak dikenali.
Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ni, saya perlu ‘ditemuduga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ni.
Bil elektrik tertunggak ribuan ringgit, bil air (sebab Ummi dah berbulan tak kerja), baki loan rumah ni sangat banyak (90 peratus baki),
Pada perkongsian yang sama, Syamimia turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya melunaskan baki tertunggak dan berniat untuk menghadiahkan rumah itu kepada adik kesayangannya iaitu Syarina.
Alhamdulillah saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana saya dapat melunaskan baki. Ini salah satu impian cara saya buat Ummi happy sebab dia pun suka rumah cantik.
Saya juga pernah berseloroh sebelum ni, ingat tak? Jika saya ada rumah baru, rumah ni dan segala isinya akan saya hadiahkan pada buah hati saya, Syarina.
Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Salam perkenalan, saya Syamimi yang suka mendeko berhias dan memasak.
Terdahulu, kisah Syamimia yang dibesarkan oleh ibu tunggal kelainan upaya yang cacat penglihatan atau buta pernah menarik perhatian ramai.
Sumber: TikTok