Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik tampil memohon maaf atas satu babak kontroversi yang didakwa menggunakan ayat berbaur lucah dalam sebuah siri drama berjudul Kudeta.
Artikel Berkaitan: Perdana Menteri Tunai Impian Pesakit Cilik, Siap Ajar Baca Doa Afiyah
Artikel Berkaitan: The Little Boot Is Gone – Nurul Izzah Reda Keguguran Anak Keempat
Mohon maaf
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam ini memuat naik satu pemohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat demi menghormati sensitiviti ramai pihak.
Tindakan ini susulan beliau telah menerima banyak respon yang negatif serta pelbagai kecaman daripada orang ramai. Bukan itu sahaja, beliau turut akui kesal dengan tindakannya menggunakan ayat yang tidak senonoh semasa melakonkan watak terbabit.
Secara peribadi, saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.
Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum. Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan.
Sekadar info, Dr. Maszlee Malik memegang watak sebagai Jamal yang merupakan seorang ahli politik yang sangat kejam, bergandingan dengan pelakon hebat seperti Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli.
Sumber: Maszlee Malik