Industri hiburan tanah air sebelum ini kecoh dengan kontroversi membabitkan penyanyi Sufi Rashid berhubung insiden yang berlaku di majlis perkahwinannya baru-baru ini. Ia tercetus apabila ibunya Irma Suriani Mahmud mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan Sufi selain turut tular video isterinya dilihat seperti mahu melarikan diri ketika ketibaan ibu mentuanya di atas pelamin.
Terbaru isteri kepada Sufi, Nurulain Md Yusof dikhabarkan bakal membuat laporan polis terhadap segelintir netizen selepas didapati mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya berhubung insiden yang berlaku itu.
Sabar dah sampai limit
Menerusi beberapa screenshot yang dimuatnaik Ain di laman Instastorynya, Ain berkata laporan polis akan dibuat terhadap beberapa individu oleh ibu bapanya selepas ini.
Katanya, tindakan itu diambil bukan kerana dirinya takut terhadap mereka namun kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum.
Mulut macam hape!
Menurut Ain, dia sudah terlebih dahulu screenshot setiap komen negatif berbentuk cacian yang telah dilemparkan netizen terhadapnya sebelum bertindak memadam komen-komen tersebut.
Menerusi posting itu, dia berkata tindakannya memadam komen-komen itu juga bukanlah kerana dirinya takut akan mereka tetapi untuk menyerahkan segalanya kepada pihak polis selepas ini.
Sebelum ini menerusi Instastory suaminya, Sufi, penyanyi itu meminta supaya netizen berhenti mengecam mereka berhubung insiden tersebut. Katanya, hal sebenar berhubung perkara itu hanya diketahui oleh keluarga dan saudara mara terdekat sahaja.
Malah ujarnya disebabkan kejadian itu, keluarga mertua dan isterinya telah menerima kesan yang amat mendalam akibat daripada kecaman yang dilontarkan.
Sumber: Instagram nuraaen