Nama penyanyi Baby Shima kembali menjadi sebutan netizen apabila busana yang dipakai olehnya ketika beraksi di Konsert Milenia, Sabtu lalu, didakwa mencolok mata.
Bukan itu sahaja, aksi Shima ketika bergelek juga turut didakwa keterlaluan dan kurang sesuai pada waktu tersebut.
Artikel Berkaitan: Konsert Milenia Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Sabtu Ini!
Artikel Berkaitan: Penganjur Puas Hati Konsert Milenia Dapat Sambutan, Lebih 1,000 Orang Banjiri Zepp Kuala Lumpur
Mana seksi?
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramly berkata, pakaian rona hitam itu dipadankan dengan seluar ketat bersama but tinggi yang menutup sebahagian pehanya bersesuaian dengan konsep persembahan.
Busana itu sentuhan pereka Indonesia, Jessie Gunawan. Bahkan ia kena dengan corak persembahan saya memerlukan pergerakan lincah di pentas mega ini.
Saya patuh pada kod berpakaian yang ditetapkan penganjur lebih awal agar jangan menggayakan persalinan mendedahkan, selain beberapa syarat tambahan yang lain.
Mana seksi? But panjang itu juga menutup paha saya, bahkan dari segi tarian pula saya hanya bagi 50 peratus saja gelek supaya tidak dikata sengaja tunjuk aksi menghairahkan.
Tambah pelantun suara ‘Pura-Pura Bujang’ ini, dia tidak mahu memeningkan kepala memikirkan pandangan skeptikal segelintir individu yang hanya pandai mengutuk.
Kalau tengok saya di luar tidaklah seksi mana, macam biasa saja, bahkan dalam mana-mana persembahan pentas pun saya pakai masih berpada-pada.
Jangan sebab saya bawakan lagu dangdut terus cop macam-macam. Apa pun saya dah lali sebab tahu orang kalau tak suka memang akan terus korek salah kita.