berita

[VIDEO] Persembahan Baby Shima Teruk Dikecam – ‘Ia Hanyalah Gelekan Biasa Untuk Dangdut’

September 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

baby shima hausboom

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sekali lagi mendapat kecaman ramai kerana persembahannya yang disifatkan keterlaluan ketika Konsert Hausboom Muzik pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Saman PU Syed – ‘Saya Dinasihatkan Untuk Tidak Mengulas Lanjut’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baby Shima Bergelek Di Kelab Malam?

Tak cabar sesiapa

Memetik laporan Berita Harian, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata dia sama sekali tidak menyangka bahawa video persembahanya itu akan tular.

Shima juga mendakwa kebanyakkan warganet yang mengecamnya rata-rata tidak menonton secara langsung konsert itu.

Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan.

Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut. Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan.

Sekiranya melihat persembahan secara ‘live’ mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pura-Pura Bujang ini juga menegaskan bahawa dia tiada sebarang niat untuk mencabar mana-mana pihak malah dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur.

Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen.

Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus.

Terdahulu, Shima dikecam hebat oleh warganet gara-gara gelekan yang melampau selain pakaian yang mencolok mata sehingga ada yang mengharap penyanyi itu dipanah petir.

Selain itu, warganet juga mempertikaian mengapa terdapat larangan untuk penyanyi antarabangsa memasuki Malaysia, sedangkan penyanyi tempatan juga dilihat tidak sensitif.

Video

 

View this post on Instagram

Sumber: Berita Harian, Instagram Baby Shima

SKIP THIS AD ×