berita

Dikecam Teruk Lepas ‘Back Up’ Neelofa, Mawar Rashid Tampil Beri Penjelasan

May 21st, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Semalam, nama pelakon iaitu Mawar Rashid telah menjadi tumpuan ramai selepas didakwa mempertahankan usahawan terkenal, Noor Neelofa selain berharap agar selebriti tersebut tidak dikenakan hukuman penjara kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Artikel Berkaitan: ‘Kak Lofa Banyak Berjuang Untuk Islam’ – Mawar Rashid Pertahan Neelofa

Artikel Berkaitan: Neelofa, Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP Di Nilai

Artikel Berkaitan: Hampir 13 Ribu Orang ‘Sign’ Petisyen Gesa Neelofa Dipenjara

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Pakai Niqab, Mask Pun Kena Pakai’ – Netizen

Namun, tindakan Mawar ‘menyokong’ Neelofa mendapat kecaman hebat daripada netizen sehingga membuatkan Mawar telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Penjelasan Mawar Rashid

Foto: Instagram Mawar Rashid

Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar Rashid mengakui komen yang ditinggalkannya agak kurang jelas dan ianya secara tidak langsung telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Mawar turut meminta maaf atas kenyataan yang dikeluarkan sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Baca balik statement Mawar : “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”. Maksud Mawar kat sini, kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar hormati keputusan mahkamah. Cuma bila bercakap pasal ‘penjara’, bunyi itu menakutkan. Mawar pun turut rasa takutlah sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang.

Mawar juga sempat meluahkan rasa simpati kepada semua petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 ini. Lebih membimbangkan apabila melihat angka tersebut semakin meningkat dari hari ke hari sehingga mencecah 7 ribu kes sehari. Oleh itu, Mawar sempat menasihati orang ramai supaya jaga diri, kesihatan dan keselamatan.

Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP.. yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.

‘Ramai yang salah faham ni’

Foto: Instagram Mawar Rashid

Sumber: Mawar Rashid

SKIP THIS AD ×