Jarang sekali kita mendengar orang dipenjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya, tetapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Benny Moafi. Dia berdepan penjara selama 9 tahun, 8 bulan dan 2 minggu di beberapa penjara Thailand atas kesalahan jenayah yang dikatakan tidak dilakukannya.
Dia yang berasal dari Iran itu telah berpindah ke Thailand setelah mengahwini seorang gadis berbangsa Thai dan memulakan perniagaan di sana. Bagaimanapun, kisah hitam hidupnya bermula setelah dia disabotaj oleh pihak berkuasa negara tersebut.
Memulakan perniagaan
Semuanya bermula setelah polis imigresen yang datang ke barnya itu meminta untuk menambah bayaran sebanyak 6,000 bath setiap bulan kepada pihak polis. Bayaran itu merupakan pembayaran perlindungan tidak rasmi dan dia enggan membayarnya. Ini kerana dia telah mempunyai semua dokumen yang sah. Perkara itu tidak disenangi oleh pihak polis di sana.
Sehubungan itu, pihak polis telah membatalkan visanya dan mengeluarkan perintah larangan yang menyatakan bahawa Benny akan memudaratkan masyarakat sekeliling dan merupakan ancaman terhadap keselamatan negara itu. Pihak polis juga menyatakan bahawa permit kerjanya ialah palsu, tetapi dia menyangkal dakwaan itu. Sepanjang menjadi pemilik bar, Benny telah pergi ke balai polis sebanyak dua kali atas pergaduhan yang berlaku di barnya. Disebabkan itu dia dituduh menjadi ancaman kepada negara itu.
Setelah perkara itu berlaku, Benny mengambil keputusan untuk meninggalkan Thailand. Bagaimanapun dia kembali ke Thailand selepas dua tahun, malah dia juga turut menukar namanya supaya senang untuk masuk semula ke negara itu bagi menjual semua asetnya. Setelah kembali ke sana, Benny mendapati wang yang ditinggalkan di apartmenya yang terletak di Bangkok telah dicuri oleh ‘cleaner’ di situ.
Dia yang melaporkan hal ini kepada pihak polis bagaimanapun kecewa apabila pihak polis melepaskan ‘cleaner’ tersebut dan dia terus melakukan aduan. Pada masa yang sama, dia juga membuat aduan terhadap polis imigresen yang telah menyenarai hitamnya di Phuket. Pihak polis Bangkok tidak memberikan respon terhadap laporan di Phuket itu malah dia telah diarahkan untuk melupakan wang tersebut dan berpatah kembali ke Sweden.
Bantu dua keluarga Iran
Semasa Benny sibuk dengan kesnya menentang pihak polis, dia telah diminta untuk membantu dua keluarga Iran. Mereka dikatakan telah membayar seorang lelaki Syria bagi mendapatkan visa untuk tinggal di Canada di mana ianya ternyata hanyalah palsu. Benny yang sudah mahir dengan Thailand dan berasal dari Iran telah diminta untuk menolong keluarga tersebut oleh rakannya.
Menurut Benny, lelaki Syria tersebut telah mengambil 12,000 dollar dari keluarga tersebut. Benny yang mengenali seorang polis imigresen yang juga merupakan saksi utama dalam kesnya telah memberitahu perkara tersebut kepada keluarga tersebut. Benny berserta dua keluarga Iran telah bertemu di Hotel Honey, Bangkok pada 1 September 2000. Keluarga tersebut juga telah mengadakan pertemuan bersama lelaki Syria itu.
Bagaimanapun, pegawai imigresen menyuruh mereka untuk pergi ke pejabat imigresen bagi menyelesaikan masalah mereka. Lelaki Syria itu kemudiannya meyakinkan pihak imigresen untuk membayar kembali duit itu kepada keluarga tersebut di mana dia langsung tidak melakukannya. Sebaliknya berlaku apabila lelaki Syria tersebut mengemukakan aduannya sendiri terhadap keluarga Iran itu. Dia menyatakan ketika berjumpa dengan keluarga Iran itu, mereka mencuba untuk memeras ugut dirinya dan mendakwa Benny turut berada di dalam bilik tersebut.
Dikhianat oleh peguam
Gambar sekadar hiasan
Benny juga menyatakan pihak polis hanya mahukan dia sahaja dan walaupun lelaki Syria itu dituduh melakukan jenayah, tetapi pihak polis tetap mengizinkannya pergi.
Semasa di dalam penjara, Benny mengatakan pihak polis setiap hari memberitahunya jika dia membayar 400,000 baht kepada lelaki Syria itu, dia akan dibebaskan. Rakan Thailandnya yang lain pula mengatakan dia boleh membebaskan Benny dengan bayaran sebanyak 500,000 baht. Semasa di dalam penjara reman, Benny berjumpa dengan beberapa orang yang sudah bertahun-tahun memerangi kes.
Bagaimanapun Benny telah memutuskan untuk membayar wang itu bagi melepaskan diri, tetapi apa yang berlaku wang yang diberi kepada peguamnya itu telah dibawa lari, serta membawa lari keretanya. Disebabkan itu, Benny telah menyaman peguam tersebut dan mengakibatkan dia diberhentikan dari berkhidmat.
Dituduh rompak bersenjata
Selama bertahun-tahun Benny berdepan seramai 18 orang peguam yang semuanya memakan rasuah, malas dan tidak cekap. Berbeza dahulu, peguamnya sekarang lebih berdedikasi dalam menyokong Benny dalam apa jua yang telah dinyatakannya bagi menggugurkan hukuman ke atasnya. Peguamnya itu bahkan sanggup terbang ke Iran bagi berbicara bersama saksi dan mendapatkan afidavit.
Tuduhan rompakan bersenjata menggunakan senapang tanpa lesen telah dijatuhkan ke atasnya bagaimanapun tidak digugurkan walaupun tanpa bukti. Perbicaraan itu dibina semata-mata berdasarkan atas keterangan lelaki Syria kerana tiada senjata api yang dijumpai, juga bukti sesuatu dicuri, kecederaan kepada orang Syria dan saksi mata tidak pernah ada.
Ketika perbicaraan di mahkamah, kenyataan lelaki Syria itu tidak sepadan dengan laporan polis yang dibuatnya. Kedutaan Sweden juga tidak mahu menghulurkan bantuan kerana tidak mahu terlibat dan merosakkan hubungan perniagaan mereka dengan Thailand. Wakil dari kedutaan juga tidak pernah hadir dalam mana-mana sesi perbicaraan kecuali ketika salah seorang pekerjanya menjadi saksi pendakwaan.
Benny yang bengang dengan perkara itu telah menyaman pihak kedutaan berkali-kali. Walaupun tanpa bukti yang kukuh dikemukakan, Benny telah dijatuhkan hukuman penuh dengan tiga amnesti. Hukumannya juga dikurangkan daripada 22 tahun kepada 9 tahun, 8 bulan.
Belajar undang-undang dengan sendiri
Gambar sekadar hiasan
Semasa di dalam penjara, Benny telah belajar membaca dan menulis bahasa Thai yang membuatkannya menjadi fasih. Dia juga turut belajar mengenai undang-undang dalam bahasa Thai setelah menjumpa senaskhah buku yang berkaitan. Benny yang juga mengambil Ijazah Undang-Undang Korespondensi dalam bahasa Thai melalui Sukhotai Thammathirat Open University bagaimanapun telah diberhentikan oleh penjara. Benny mengambil peluang belajar mengenai Undang – Undang Pembetulan yang juga membawanya memenangi kes menentang penjara.
Benny juga membawa pengakuannya yang tidak bersalah ke Mahkamah Rayuan bagi diadili, dan dia diberitahu oleh ketua pengadilan bahawa dia akan diberi perbicaraan baru dan akan diadili sebaik mungkin. Apa yang berlaku kemudiannya mematahkan hati Benny. Selepas pilihan raya, ketika PM Samak Sundaravej berkuasa, pengawal tersebut telah ditukar di DSI. Dengan pertubuhan baru, nasibnya tidak dihiraukan.
Ketua DSI yang baru itu merupakan bekas polis yang turut terlibat dalam penangkapannya dari Bahagian Penindasan Jenayah yang mengakibatkan penyelidikan semula diberhentikan. Menurut Benny, dia telah dipukul berkali-kali di penjara, terima jahitan yang banyak, hidungnya patah teruk sehinggakan dia tidak boleh bernafas. Benny juga mengalami bengkok sebaris giginya akibat ditendang berkali-kali kerana pegawai membencinya di penjara kerana dia secara terus menyaman pihak mereka. Disebabkan itu dia telah dipindahkan dari penjara tersebut. Pihak penjara memindahkannya ke 10 penjara yang berlainan di 30 bangunan. Dia akan dipindahkan setiap kali meneruskan saman.
Diugut Bunuh
Gambar sekadar hiasan
Benny juga dikenali sebagai ‘Champion of Shackles’ setelah memenangi kes terhadap penggunaan ‘shackle’ di penjara Thailand. Penggunaan ‘shackle’ ini dikatakan telah melangar undang-undang perlembagaan Thailand. Walaupun dia telah memenangi kes tersebut, Department of Corrections telah membuat rayuan dan ‘shackle’ masih digunakan sehingga kes tersebut selesai.
Dalam kes lain, Benny telah melepaskan ‘shackle’ dari 111 tahanan yang berdepan hukuman seumur hidup. Kesnya menentang penggunaan ‘shackle’ telah menarik perhatian ‘United Nation’ (UN) dan sejak itu Thailand telah didesak menghentikan penggunaan ‘shackle’ di penjara.
Benny juga telah menghabiskan banyak masa dalam kurungan persendirian dan terselamat dari mogok lapar. Benny memaklumkan ada satu ketika di hall, gabenor telah mengumumkan kepada 800 tahanan lain bahawa Benny haruslah dipersalahkan gara-gara keadaan buruk di penjara dan jika dia dibunuh itu merupakan perkara yang terbaik.
Seorang profesor undang-undang dari Chiang Mai yang kini dikenali sebagai Khon Kaen telah menelefon stesen TV tempatnya ditemu ramah semata-mata untuk mengetahui perkembangannya. Jawatankuasa Pencegah Rasuah juga telah memberikan pertolongan dengan membuat tuduhan terhadap seorang pegawai polis yang terlibat di dalam kesnya dan juga telah memecat seorang gabenor dari salah satu penjara yang ditentang Benny.
Saman pihak polis
Ketika di penjara, Benny diberitahu oleh Setiausaha Kehakiman bahawa dia akan menerima keadilan dan pampasan, tetapi ketika dia berjumpa pihak berwajib dan meminta visa untuk tinggal di Thailand, mereka menolak permintaan tersebut.
Walaubagaimanapun, untuk memenangi kes, Benny perlu terus berada di dalam Thailand. Ketika dibebaskan, mereka tidak dapat menghantarnya pulang dengan adanya kes yang masih tidak selesai. Dia yang mengetahui mengenai undang-undang lebih dari mereka telah menjerit kepada salah seorang pegawai polis yang cuba memeras ugut wang darinya.
Benny kini telah menyaman pihak polis atas kesalahan memanipulasi bukti semasa penangkapan pertamanya. Saman ini termasuk gubahan tarikh laporan dilakukan dan memeras ugut. Pada 20 Mei, pegawai imigresen yang merupakan saksi utama Benny yang tidak pernah memberi keterangan akan hadir di mahkamah. Menurutnya, jika saksi gagal hadir di mahkamah, hakim baru telah berjanji akan menangkap lelaki itu dan memaksanya untuk ke mahkamah.
Dibebaskan selepas 9 tahun
Selepas lebih 9 tahun di dalam penjara, Benny Moafi telah dibebaskan sepenuhnya. Benny yang mempunyai sebahagian besar bukti yang membuktikan dia tidak bersalah dan dipenjarakan dengan cara yang salah. Segala bukti itu disokong oleh peguam, Kumpulan Hak Asasi Manusia Antarabangsa dan puak DSI Thailand. Benny juga telah memfailkan 207 kes undang-undang dan lebih dari 1,200 aduan menentang peguam, Polis Diraja Thailand, dan Department of Corrections di mana beberapa antaranya telah menang.
Tambah Benny, dia tidak akan berhenti selagi tidak mendapat keadilan. Sabitannya itu diendahkan dan telah didakwa. Bagaimanapun seorang pegawai polis dan sembilan lagi saksi pendakwaan yang terlibat telah menghadapi tuduhan ‘perjury made’. Benny juga telah menjadi contoh yang baik buat polis Thailand setelah muncul dalam rancangan bual bicara di TV Thailand. Benny yang juga muncul di luar parlimen Bangkok itu hanya memakai pakaian penjara, ‘shackled’ dan memegang papan tanda dengan tulisan ‘Double Standard’.
Sumber : Chiang Mai City Life