berita

Dikhuatiri Terjerut Tali, Penyelam Skuba Kongsi Pengalaman Berdepan Bangkai Jerung Di Laut

September 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ikan jerung merupakan spesis ikan yang terancam dan semakin pupus di dasar lautan. Spesis ikan ini juga semakin lama semakin jarang ditemui oleh penyelam-penyelam di laut. Tambahan, ikan jerung ini mudah tersangkut di pukat nelayan dan lalu dijual di pasar sebagai hidangan yang termahal.

Seorang jurulatih selam scuba di Pulau Tioman iaitu Affan Zanila berkongsikan beberapa gambar penemuan seekor ikan jerung yang dipercayai sudah mati tetapi masih dalam keadaan yang elok.

Pertama kali jumpa ikan jerung mati

Menerusi perkongsian dari Affan Zanila bersama OHBULAN! menceritakan ketika itu dia bersama seorang lain pelajarnya menyelam di sekitar kawasan pulau di Pulau Tioman. Dia yang mempunyai pengalaman menyelam selama 10 tahun itu terkejut apabila terlihat seekor ikan jerung yang terdampar di dasar lautan.

Malahan, ikan spesis jerung itu kelihatan tidak bergerak di kedalaman dasar 16 meter. Mereka mendekati ikan tersebut dan cuba melihat keadaannya kerana dikhuatiri terjerut dengan tali atau sebagainya. Affan cuba menyentuh dan menggerakan ikan jerung tersebut dan tiada apa-apa reaksi balas yang berlaku.

Penyelam skuba itu bagaimanapun mempercayai ikan jerung tersebut baru sahaja mati kerana melihat keadaan sisik masih dalam keadaan elok, tiada gigitan dimakan ikan yang lain lagi.

Spesis yang terancam

Affan bagaimanapun kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang kurang prihatin dengan kepupusan ikan jerung ini. Malah, ramai di antara kita yang melihat ikan jerung ini ganas dan agresif sehingga mampu memberi ancaman kepada manusia.

Sebenarnya ikan jerung ini tidak ganas atau serang orang seperti mana sering digambarkan di dalam filem Hollywood. Spesis ikan jerung ini sudah terancam dan mudah terperangkap di dalam pukat nelayan. Sekarang kita boleh lihat banyak di supermarket yang sudah menjual ikan jerung untuk dijadikan hidangan makanan.

Sebagai pencinta kehidupan laut dan alam sekitar, marilah kita sama-sama menjadi kebersihan laut yang dilihat menjadi punca kepada kepupusan mamalia. Untuk anda yang ingin melihat kecantikkan kehidupan di dasar laut Pulau Tioman, atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk di Facebook Scuba-Naut Dive Centre.

SKIP THIS AD ×