berita

Dikritik ‘Lari’ Ke Pulau Batam Ketika Krisis Pencemaran Toksik, Ini Respon MB Johor

March 17th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Ketika penduduk Pasir Gudang sedang dilanda pencemaran sisa kimia sehingga terpaksa menutup 34 sekolah di sana, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dikatakan ke Batam, Indonesia. Pemergian Osman itu dikritik kerana dianggap tidak peka dengan masalah rakyat sendiri.

Terbaru, Osman menjawab kritikan pemergiannya ke pulau peranginan berkenaan dalam satu laporan Astro Awani.

Lawatan kerja dipendekkan

Jelas Osman, dia ke pulau berkenaan setelah perancangan ke sana telah dibuat sebelum ini bagi persediaan Tahun Melawat Johor 2020. Ujarnya, pemergian ke sana adalah untuk meningkatkan kerjasama antara pelabur Johor dengan penggerak industri di Batam.

Lawatan kerja ini pada asalnya adalah selama tiga hari namun ia telah dipendekkan hingga kurang sehari atas keperluan mendesak untuk mengurus operasi pembersihan di Pasir Gudang.

 

Saya juga telah membatalkan beberapa sesi pertemuan lain ketika sesi lawatan kerja, namun beberapa mesyuarat penting yang tidak dapat dielakkan terpaksa dilaksanakan.

Sentiasa dapat update

Tambahnya lagi, sepanjang di sana, dia akan sentiasa dikemaskini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengenai apa yang berlaku di lokasi kejadian.

Saya amat berterima kasih kepada semua kakitangan dan agensi yang gigih berkerja 24 jam tanpa henti bagi mengurus dan mengawal operasi bencana ini.

Terima kasih juga kepada Wali Kota Batam Muhammad Rudi kerana memahami sebab mengapa beberapa sesi lawatan dan mesyuarat terpaksa dibatal dan dipendekkan kerana bencana di Pasir Gudang. Malah, mereka juga melahirkan rasa sedih atas kejadian ini.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×