berita

Dikritik Nyanyi Lagu Raya, Ini Respon Wartawan TV3

June 4th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Tular di media sosial sebuah video liputan luar yang disampaikan wartawan TV3, Amirulhakim Lokman, tempoh hari. Kelihatan cara penyampaian berita dari Amirulhakim agak berbeza apabila dia menyanyikan lagu Indahnya Beraya Di Desa semasa membuat liputan tersebut.

Walaubagaimanapun, bekas penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail kurang bersetuju dengan pendekatan dan cara penyampaian berita yang dilakukan Amirulhakim itu. Dia menerusi Instagram Stories meluahkan pendapat mengenai tindakan Amirulhakim.

Cara penyampaian yang berbeza

https://www.instagram.com/p/BjlhDodA4dS/?taken-by=tv3malaysia

Punah kredibiliti

Wartawan lokasi sekarang dah boleh include nyanyian dalam stand-upper. Tak tahu nak suka ke nak pelik. Punah kredibiliti Newsroom.

Saiful Nizam menganggap sikap dan cara penyampaian berita liputan luar sedemikian adalah tidak profesional dan boleh merosakkan imej seorang wartawan.

Tegur saya secara peribadi

Amirulhakim menjawab kenyataan yang telah dimuatnaik oleh Saiful Nizam di Instagram Stories. Dia menerusi laman Twitter menegaskan bahawa tindakannya itu adalah sejajar dengan konsep santai dan bersesuaian dengan tema untuk pulang beraya.

Dapat juga saya hiburkan penonton

Dia turut menyelar tindakan bekas penyampai berita TV3 itu tidak menegurnya secara peribadi. Malah, tindakan tersebut seolah-olah telah membuka aibnya. Bagaimanapun, cara penyampaian liputan luar itu turut mendapat respon positif dari netizen dan mereka akui terhibur dengan konsep penyampaian demikian.

Sumber: Twitter Amirulhakim, Instagram Saiful Nizam

SKIP THIS AD ×