berita

Dilabel Hipokrit Kerana Mengenakan Tudung Ke Majlis Ramadan, Fasha Sandha Sekolahkan Netizen

February 10th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Penampilan pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian netizen apabila muncul dengan menggayakan tudung berwarna biru di majlis untuk Ramadan.

Artikel Berkaitan: Berbaju Ketat Selepas Balik Umrah, Fasha Sandha Ditegur Netizen

Artikel Berkaitan: Sembilan Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Akui Tiada Masa Untuk ‘Post’ Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: Aidil Aziz & Fasha Sandha Bakal Menunaikan Umrah Buat Kali Pertama Sebagai Pasangan Suami Isteri

Aku seorang pendosa

Menerusi hantarannya di laman Instagram (IG), terdapat segelintir netizen yang meninggalkan komen yang kurang senang pada Fasha.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak mendiamkan lalu membalas dengan kapsyen yang panjang. 

Pertama sekali, terima kasih pengikut kesayangan, keluarga teman media, peminat, sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik dan tidak pernah menghakimi saya.

Untuk yang menghina saya, saya turut mengucapkan terima kasih. Nak hina berbakul-bakul silakan. Cuma saya minta, jangan libatkan kerjaya saya. Saya juga mencari rezeki seperti kalian. 

Hipokrit

Sementara itu, Fasha akui dirinya seorang insan yang tidak sempurna dan banyak kekurangan.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebarang pangkat dan bukan daripada golongan kayangan, namun hal itu bukan menjadi tiket untuk netizen menghukumnya hanya kerana tidak bertudung.

Jangan senang label saya ‘hipokrit’ hanya kerana saya berhijab ke majlis tertentu. Saya yakin ramai wanita yang tidak bertudung melakukan hal yang sama seperti saya. Cuma bukan bererti yang berhijab boleh menghina kami sebegitu.

Pelakon drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu turut menyatakan bahawa dia tidak berhutang penjelasan kepada mana-mana pihak dan berterima kasih kepada yang sentiasa mendoakannya.

Sumber: Instagram @fashasandha

SKIP THIS AD ×