berita

Dilihat Kekok Atas Pentas, Pasangan Suami Isteri Tom & Fuad Rahman Masih Mencari Keserasian

October 26th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Walaupun pasangan suami isteri, Tom & Fuad sudah mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri nyanyian, namun mereka masih menerima komen bahawa persembahan mereka mempunyai kekurangan dari segi keserasian di atas pentas.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: [VIDEO] ‘Aku Tengok Komen, Teruk Kita Kena Kecam’, Ryan & Adam Bakery Perli Ajai?

Artikel Berkaitan: Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ini Respon Ryan Bakery – ‘Kami Tak Rasa Apa-Apa, Kami Bukan Penyanyi..’

Kelihatan sangat kekok

Menurut juri profesional Mas Idayu, mereka telah menjamukan satu persembahan yang menyeronokkan namun persembahan Fuad dan Tom kelihatan sangat kekok serta tidak mempunyai keserasian semasa berada di atas pentas.

Mummy suka kamu berdua boleh menjadikan lagu solo ni kepada versi lagu berduet, tetapi saya dapat rasakan kamu berdua seakan sedikit kekok ketika sedang membuat persembahan.

Secara individu, Mummy sangat suka vokal Fuad dan Tom walaupun ada kekurangan dari segi tempo, tapi secara keseluruhan ia persembahan yang seronok. Mummy nampak awak tengok satu sama lain tetapi keserasiannya tidak dapat dirasakan dari pandangan penonton.

Mungkin persembahan yang seterusnya boleh tingkatkan kreativiti pentas supaya anda boleh lebih menonjolkan keserasian berdua.

Ambil langkah berjaga-jaga

Pasangan suami isteri ini telah mengakui mereka berasa kekok dalam mencari keserasian di atas pentas dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Kami terima segala komen yang telah diberi oleh juri profesional kerana mereka hanya menasihati dan inginkan yang terbaik buat persembahan kami.

Bagi keserasian Fuad dan Tom pula, memang kami mengaku yang ada sedikit kekok di atas pentas. Sebelum ini kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak ingin para penonton nampak terlalu romantik walaupun sedang bertanding di program realiti.

Setelah mendapat komen membina dari para juri itu, kami akan memperbaiki kekurangan kami dan lebihkan keserasian di atas pentas selain fokus kepada vokal.

Minggu hadapan pula diberi cabaran tema rock, genre yang sememangnya forte kami, jadi kami akan terus berlatih dan cuba hasilkan persembahan yang lebih menarik.

Dalam pada itu, mereka berharap agar persembahan pada minggu hadapan akan disukai oleh para peminat dan juri.

Semoga para peminat dan juri Mummy dan Ajai juga akan menyukai persembahan kami.

Pada minggu kedua, Tom dan Fuad telah membawakan lagu medley ‘Istana Menanti’ dan ‘Kesal’ nyanyian asal Rahim Maarof dan Ella yang dibawakan pasangan duo ini. Mereka berjaya mendapat tempat ke-5 di carta mingguan setelah mengalahkan Ryan & Adam Bakery di tangga terakhir.

Selain itu, tempat pertama telah dimenangi oleh pasangan sepupu, Haqiem Rusli & Ariff Bahran dengan persembahan medley Earth Song & We Will Not Go Down nyanyian asal Michael Jackson dan Michael Heart. 

 

SKIP THIS AD ×