berita

Famili Duo 3: [VIDEO] ‘Aku Tengok Komen, Teruk Kita Kena Kecam’, Ryan & Adam Bakery Perli Ajai?

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

ryan adam ajai

Persembahan duo adik beradik iaitu Ryan dan Adam Bakery pada minggu kedua Famili Duo yang berlangsung semalam disifatkan kurang memuaskan sehingga menerima kritikan pedas daripada juri iaitu Ajai.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Jujur, Nyanyian Tak Sedap & Mengganggu Telinga Saya’ – Ajai Tak Suka Persembahan Ryan & Adam Bakery

Artikel Berkaitan: Dikritik Nyanyian Tak Sedap, Ini Respon Ryan Bakery – ‘Kami Tak Rasa Apa-Apa, Kami Bukan Penyanyi..’

‘Mental kena kuat’

ryan adam ajai

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram (IG), adik beradik itu memuat naik sebuah video bertajuk ‘Mental Kena Kuat’ susulan turut menerima pelbagai reaksi dan kecaman daripada warganet.

Kenapa Adam muram sahaja?

Aku tengok komen Famili Duo, teruk kita kena kecam.

Kan aku dah cakap jangan tengok komen, yang kau degil juga nak baca kenapa? Dah tahu mental tak kuat, fokus sahaja dengan apa yang kita nak buat ni.

Kuatnya mental kau, tahan kecaman orang.

Ryan kemudian dilihat menangis selepas membaca komen-komen warganet namun dipercayai tindakannya itu hanya sekadar gurauan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat mereka dan turut memberi kata-kata semangat supaya berusaha lebih keras untuk minggu yang akan datang.

Terdahulu, pada malam persembahan tersebut adik beradik itu menyanyikan lagu Kau Tigakan Cintaku dengan hanya memperoleh sebanyak tiga markah daripada Ajai.

Menurut Ajai, mereka berdua telah salah memilih lagu selain lontaran suara yang didakwa mengganggu telinga.

Sekadar info, Famili Duo bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023 atau strim di www.tonton.com.my.

Program itu turut menyaksikan lima lagi peserta lain termasuk Sharif  dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad, Shila dan Syahir Hamzah serta Adira dan Emma Suhaimi.

 

View this post on Instagram

Sumber: Instagram Ryan Bakery

SKIP THIS AD ×