berita

Diminta ‘Kongsi’ Hasil Keuntungan, Facebook Sekat Pengguna Australia Baca & Kongsi Berita

February 18th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Rediffmail

Setelah didesak agar membayar kandungan yang dikeluarkan oleh syarikat berita, Facebook mengambil pendekatan menyekat semua penduduk di Australia daripada berkongsi atau membaca kandungan berita di platformnya.

Artikel berkaitan: Sering Diaju Soalan Kenapa Bebas Berjalan Tanpa ‘Mask’ Di Australia, Ini Jawapan Dayah Bakar

Artikel berkaitan: Wanita Maut Dalam Nahas Di Australia, Anak Harap Jenazah Ibu Dapat Dibawa Pulang

Facebook sekat pengguna Australia kongsi berita

Foto: Yahoo Finance

Sebelum ini Facebook memaklumkan mereka diberi dua pilihan iaitu patuh kepada undang undang seperti yang dilakukan oleh Google iaitu membayar kandungan berita yang dikongsi di platformnya atau menyekat semua kandungan berita di Australia. Facebook bagaimanapun memilih pilihan kedua.

Namun, Facebook turut menekankan bahawa pengguna antarabangsa boleh terus berkongsi dan menerbitkan kandungan berita di platform Facebook namun ia tidak boleh diakses di Australia.

Menurut pihak Facebook, operasi Facebook dan Google adalah berbeza. Facebook juga percaya bahawa perkongsian bahan berita di aplikasi Facebook ini dapat meningkatkan lagi langganan berita serta dapat menambah pembaca dan hasil daripada pengiklanan.

Facebook juga turut menegaskan bahawa pihak mereka mendapat hasil yang rendah daripada kandungan berita dan ia hanya mewakili empat peratus daripada kemaskini yang dilihat oleh pengguna.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×