berita

Dini Schatzmann Jadi Kekuatan Utama Janna, Susah Senang Bersama Hadap Penyakit Mental – ‘Dia Tau Apa Saya Buat Ikhlas & Tidak Menyusahkan’

February 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon kacak Dini Schatzmann akan sentiasa berada di sisi kekasih hatinya, Janna Nick biarpun aktres tersebut berdepan penyakit gangguan bipolar.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tidur Dengan Kekasih Ketika Bercuti, Janna Nick Enggan Layan Komen Netizen – ‘Kami Tak Pergi Berdua Malah Ada Keluarga’

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Ada ‘Job’ Sebab Selalu Dengan Kekasih, Dini Schatzmann; ‘Saya Minat Bab Kamera, Janna Tempat Terbaik Untuk Belajar’

Susah senang bersama

Ketika ditemui OhBulan!, Dini, 28, menyatakan tempoh percintaan selama dua tahun telah mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental yang dihadapi Janna.

Hubungan cinta kami sudah terjalin selama dua tahun. Apa yang saya belajar dalam tempoh ini, kita tidak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental.

Awalnya, saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna, lama kelamaan saya mula faham.

Saya hanya perlu sentiasa bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan. Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, berikan masa yang diperlukan.

Dini ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu Janna iaitu White Fluffy di De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bawa jumpa doktor psikiatri

Kata pemilik nama Dini Azan Schatzmann, dia sedar Janna menganggap dirinya sebagai bebanan dalam hubungan percintaan mereka.

Namun atas dasar cinta dan sayang, pelakon kacukan Melayu-Switzerland itu akan menjadi tunjang kekuatan terutama ketika situasi buruk.

Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun, dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

Ketika mengalami tertekan, saya cakap apapun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itu waktu paling susah.

Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi. Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja.

Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu. Jika saya cakap banyak, takut Janna rasa semak.

Apabila keadaan kembali tenang, barulah saya cuba mengaturkan temujanji dan membawanya bertemu doktor psikiatri.

Dalam pada itu, pelakon drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek  berkata dia dan pemilik nama Nurul Jannah Munir kini mengamalkan gaya hidup sihat seperti pergi ke gimnasium dan makan makanan sihat bagi membantu kesihatan mental.

Sebelum ini, Janna dan Dini dituduh tidur sebilik ketika bercuti ke London pada bulan lalu. Namun, Janna menepis dakwaan tidak logik dengan mendedahkan percutian itu turut disertai ahli keluarga, barisan pelakon telefilem arahannya serta krew produksi.

Sekadar info, Dini dan Janna mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Sumber: Instagram @dinischatzmann

SKIP THIS AD ×