berita

Dipecat Kerana ‘Berselfie’ Dengan Mayat Maradona

November 27th, 2020 | by Aizzat
Kini Trending

Seorang lelaki yang dipercayai pekerja rumah pengkebumian dipecat selepas mengambil gambar bersebelahan keranda legenda bola sepak Diego Maradona. Gambar itu mengejutkan ramai kerana lelaki itu membuat ‘thumbs up’ di tangannya ketika bergambar dengan mayat Maradona.

Difahamkan lelaki itu ditugaskan untuk mempersiapkan mayat Maradona untuk upacara pengkebumian. Menurut laporan media tempatan, pemilik pusat pengkebumian itu mengesahkan bahawa mereka sudah memecat pekerja berkenaan. Menurutnya, keranda itu dibuka untuk ahli keluarga terdekat tetapi pekerja itu bertindak untuk mengambil kesempatan bergambar dengan mayat beliau.

Tular di media sosial

Foto: AS English

Gambar itu tular di media sosial lalu mencetuskan perasaan marah kepada peminat legenda bola sepak itu. Beliau meninggal dunia pada malam Rabu lalu selepas mengalami serangan jantung. Peguam Maradona, Matias Morla berkata beliau akan ambil tindakan undang-undang atas perbuatan pekerja rumah pengkebumian itu.

Maradona merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten pasukan Argentina yang memenangi Piala Dunia 1986. Bukan sahaja peminat bola sepak, tetapi seluruh komuniti bola sepak turut merasai kehilangan yang besar ini.

Selamat dikebumikan

Foto: Daily Mail

Peminat bola sepak serata dunia mengucapkan selamat tinggal kepada legenda bola sepak, Diego Maradona sebelum dia selamat dikebumikan di kawasan pinggir bandar Buenos Aires. 

Berpuluh ribu orang berbaris seawal pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Maradona yang diletakkan di dalam keranda dibaluti bendera Argentina dan jersi nombor 10 di Istana Presiden. 

Pihak polis tempatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk meredakan keadaan apabila penyokong Maradona mula hilang kesabaran kerana menunggu lama serta membaling batu di jalanan Buenos Aires. Tindakan itu memaksa untuk anggota keselamatan mengalihkan keranda Maradona ke tempat lain sebagai langkah keselamatan.

Sumber: The Sun.

SKIP THIS AD ×