Sekadar gambar hiasan
Di Singapura, seorang lelaki berhadapan hukuman penjara 24 tahun dan 24 sebatan atas kesalahan merogol pembantu rumah berulang kali apabila isterinya keluar bersama anak-anak.
Artikel Berkaitan: Isteri Tak ‘Layan’ Keinginan Suami, Anak Lelaki Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Selama 4 Tahun
Tidak puas hati dengan isteri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Utusan Malaysia, pelaku yang berusia 34 tahun itu merogol pembantu rumahnya kerana tidak berpuas hati dengan isterinya yang tidak lagi memenuhi selera seksualnya.
Mangsa (pembantu rumah) melarikan diri selepas sebulan bekerja kerana tidak tahan menjadi mangsa rogol.
Mangsa sempat membuat laporan polis selepas melarikan diri dan menerima rawatan di hospital. Dia mendakwa pelaku merogolnya sebanyak empat kali dalam tempoh September 2020 dan Oktober 2020.
Pembantu rumah itu datang ke Singapura untuk bekerja pada Januari 202o dan merupakan rakyat Indonesia.
Susulan daripada itu, keluarga dan teman lelaki mangsa menyalahkannya atas kejadian yang terjadi dan menyebabkan mangsa berdepan dengan tekanan dan trauma.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.