Kredit foto: Harian Metro
Isu rumah tangga bukan sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat. Meskipun hubungan sudah bertahun lamanya pasti akan ada masalah walaupun kecil dan menyebabkan berlakunya perpisahan. Malah ada yang mengambil jalan singkat ingin bunuh diri kerana kecewa dengan apa yang berlaku.
Artikel berkaitan: Isu ‘Housewife’ Depresi, Peguam Syarie Dedah Ramai Wanita Nak Cerai Sebab Suami Lepas Tangan
Cubaan membunuh diri
Kredit foto: Berita Harian
Itu yang berlaku kepada seorang wanita yang dilaporkan cuba membunuh diri terjun daripada tingkat 37 di sebuah bangunan di Cyberjaya semalam namun berjaya diselamatkan anggota bomba. Memetik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 30-an itu dipercayai mahu terjun ketika berdiri di luar balkoni kediamannya.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Zainudin M Yasin, pihaknya telah tiba di lokasi bersama dua pegawai dan empat anggota pada pukul 3.50 petang. Tambahnya lagi, rakan kepada wanita berkenaan turut berada di dalam rumah dan membantu pihak bomba untuk masuk ke kediaman terbabit sejurus pihak bomba sampai.
Wanita berkenaan berada di balkoni dan menghadap ke bahagian dalam rumah dan kami mula memujuknya
Ujarnya lagi, mereka mengambil masa selama lima minit untuk memujuk sebelum berjaya menarik wanita tersebut apabila dia memusingkan badannya ke arah yang bertentangan untuk terjun.
Bagaimanapun, dia terus memusingkan badan ke arah bertentangan untuk terjun dan kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk dan berjaya memegang serta menariknya
Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut dipercayai mempunyai masalah rumah tangga sehingga menyebabkan gangguan emosi yang tidak terkawal dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lebih lanjut.
Sumber: Harian Metro