berita

Dipercayai Buat ‘Tugasan’ Kumpulan Online, Model Cilik & Rakan Rakam Video, Ketawa Sebelum Terjun Bangunan

February 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara terpengaruh dengan satu kumpulan dalam talian yang bertemakan ‘Harry Potter’, dua orang kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai sanggup terjun dari sebuah bangunan. Malah, kedua-dua mangsa dikatakan sempat merakam satu video sebelum melakukan aksi ngeri itu.

Terjun dari bangunan rumah

Foto: The Sun

Berdasarkan laporan The Sun, model kanak-kanak Rusia iaitu Varvara Vlasova dan Valeria Shirshova dikatakan bertindak terjun dari bangunan rumah mereka yang berketinggian 170 kaki adalah kerana mahu melakukan tugasan yang diberikan oleh satu kumpulan dalam talian.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa merupakan rakan sekelas, malah mereka juga adalah ahli kumpulan dalam talian death group yang bertemakan Harry Potter. Difahamkan, kanak-kanak ini sempat membuat video sambil tersenyum dan ketawa sebelum terjun dari bangunan tersebut.

Sempat ucap selamat tinggal, bagi ‘hint’

Foto: The Sun

Bukan itu sahaja, kedua-dua mangsa didakwa telah merancang ‘kematian’ tersebut kerana mereka telah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan kelas dan memberitahu bahawa pada 9 Februari akan berlakunya sesuatu. Walaupun begitu, ibu bapa mangsa percaya bahawa kumpulan dalam talian itu tidak berbahaya. Ibu bapa mangsa mengakui kanak-kanak terbabit telah diberikan beberapa tugasan oleh kumpulan dalam talian yang disertai mereka.

Kematian ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan isu kumpulan dalam talian yang mendorong golongan muda melakukan tugasan berbahaya sehingga meragut nyawa mereka sendiri. Susulan daripada insiden ini, pihak berkuasa masih menjalankan sisatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak ini.

Sumber: The Sun

SKIP THIS AD ×