berita

Dipercayai Kerana Cemburu, Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dengan Pisau Masih Tercucuk Di Leher

December 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seseorang insan yang bergelar suami bertanggungjawab untuk menyayangi serta menjaga isterinya dengan penuh amanah. Isteri sepatutnya dilindungi dengan penuh kasih sayang dan bukannya bertindak keji dengan melakukan perkara di luar batasan sehingga membahayakan nyawanya.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, seorang suami dipercayai sanggup melakukan kekejaman terhadap isterinya apabila bertindak menikam dan membunuh isterinya gara-gara cemburu.

Pisau masih tercucuk di leher

Menurut laporan portal itu, mayat mangsa yang merupakan warga Myanmar telah ditemui terbunuh dengan pisau masih kelihatan tercucuk di lehernya.

Dalam kejadian yang hanya disedari jam 10.30 malam tadi itu, polis telah menemui mayat mangsa dalam bilik tidur di sebuah unit kondominium di Butterworth.

Wanita malang itu dipercayai telah ditikam dan dibunuh oleh suaminya akibat daripada perasaan cemburu beberapa hari lalu.

Dikesan hilang oleh majikan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa, Yoon Hati Htike bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik dan dikesan hilang oleh majikannya selepas tiga hari tidak datang ke tempat kerja. Katanya, susulan daripada itu, majikannya bertindak membuat laporan polis petang semalam.

Berdasarkan laporan yang dibuat majikannya itu, Noorzainy berkata, mangsa pernah memaklumkan bahawa dia mengalami masalah rumah tangga malah suaminya juga pernah mengugut untuk membunuhnya.

Dia (majikan) juga menasihati mangsa agar memaklumkan kepada polis berhubung ugutan itu namun tiada laporan dibuatnya.

Kata Noorzainy, susulan daripada laporan yang dibuat majikan mangsa, pihak polis telah datang memeriksa kediaman mangsa yang berada di tingkat 19 sebuah kondominium sebelum menemui mayat wanita itu yang dibalut dengan kain selimut berlumuran darah di sebelah katil.

Tiga hari meninggal dunia

Tambah Noorzainy, mangsa dipercayai sudah tiga hari meninggal dunia berdasarkan keadaan mayatnya.

Polis kini sedang giat untuk mengesan suspek yang dikenali sebagai Mohammad Noor Lal Miah untuk membantu siasatan.

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai telah menyewa dan menetap di kondominium berkenaan bersama suaminya selama empat bulan.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×