berita

Dipercayai Terbabas Sebelum Rempuh Lori, Seorang Ibu Kehilangan 3 Anak Sekelip Mata Dalam Kemalangan

December 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam BERNAMA melaporkan, satu kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah Perodua Axia dan dua buah lori. Kejadian itu berlaku di Kilometer 272.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai.

Tiga beradik maut, ibu parah

Berikutan insiden itu, tiga beradik meninggal dunia manakala ibu mereka mengalami cedera parah. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7, Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, setahun. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Superintenden Mohamed Nordin Abdullah, insiden tersebut berlaku pada pukul 3.50 petang dan mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pulau Pinang.

Sebelum itu, sebuah lori kontena membawa muatan barang elektrik dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan baja sawit dari Klang ke Bagan Serai dan telah masuk ke lorong kecemasan. Tiba-Tiba kereta dipandu Nur Aimi Nadiah hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar bahagian belakang lori kontena itu.

Susulan kemalangan itu, tiga beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala si ibu yang parah telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi rawatan selanjutnya. Proses bedah siasat akan dijalankan petang nanti dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video laporan

https://www.youtube.com/watch?v=CTkREWaRq90

Keadaan hujan

Menerusi posting kemalangan tersebut di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, pengguna jalan raya lain yang turut berada di tempat kejadian menceritakan keadaan cuaca ketika itu hujan lebat. Tidak berakhir di situ, keadaan hujan yang lebat itu menyebabkan air bertakung di lebuh raya tersebut.

Namun, terdapat satu komen yang menyatakan kereta Perodua Axia itu terbabas sendiri tanpa dilanggar oleh mana-mana kenderaan. Ketika kejadian, dua buah lori berada di tepi jalan tersebut.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×