Tahniah diucapkan kepada lagenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei yang menerima pengiktirafan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tersenarai dalam Hall of Fame persekutuan itu bersama-sama seorang lagi lagenda badminton dunia iaitu Lin Dan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Lee Chong Wei Akui Lelaki Paling Bertuah – ‘Apa Lagi Saya Perlukan Bila Saya Ada Mew Choo ..’
Dipertikai Taufik Hidayat
Namun begitu, pengiktirafan yang diterima Lee Chong Wei itu dilihat seakan tidak dipersetujui oleh bekas pemain badminton nombor satu Indonesia, Taufik Hidayat.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, Taufik mempertikaikan pemilihan tersebut dan mengaitkan pemilihan bekas pemain badminton nombor satu dunia itu dengan lokasi ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang terletaknya di Kuala Lumpur.
Lee Chong Wei dipilih kerana menang tiga kali pingat perak (Olimpik), paling lama di kedudukan (pemain) nombor satu dunia.
Kalau ada yang menang satu emas (Olimpik) dan 10 pingat perak (Olimpik), anda pilih yang mana?
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004 itu bagaimanapun tidak mahu menganggap dirinya layak untuk disenaraikan sebagai Hall of Fame BWF itu dan sama sekali tidak menganggap dirinya sebagai seorang pemain yang lebih hebat daripada Lee Chong Wei.
Tidak juga. Kan saya sudah cakap, itu (Hall of Fame) hanya tulisan semata-mata. Bukan sesuatu yang perlu saya ambil berat.
Dalam pada itu, Taufik berpendapat pemain hebat China, Lin Dan adalah individu yang layak untuk disenarai.
Respon Lee Chong Wei
Sedar dirinya dipertikai, Lee Chong Wei tampil memberikan maklum balas dengan meminta Taufik untuk menghubungi pihak BWF sendiri untuk bertanyakan mengenai pemilihan beliau di dalam senarai Hall of Fame tersebut.
Menerusi laporan Bernama, bekas pemain nombor satu negara itu ternyata tidak menyukai serta tidak gembira dengan kenyataan dikeluarkan Taufik itu dan menganggap kenyataan tersebut seolah-olah mahu menyerang dirinya.
Bukan saya yang minta BWF senaraikan saya dan bukan saya yang tulis surat kepada BWF, saya sendiri sebelum ini tidak tahu pemilihan ini. Mungkin ada syarat-syarat untuk pilih siapa yang dapat, dan ada juga pemain Malaysia juga menerima Hall of Fame yang tidak pernah memenangi (pingat emas) Olimpik.
Taufik patut tanya BWF, tulis surat atau email, tanya kenapa anugerah diberi kepada saya dan bukan dia, mungkin dia tak gembira sebab tak dapat.
Terdahulu, Chong Wei, 41, dan juga Lin Dan, telah tersenarai dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan serta sumbangan mereka terhadap sukan badminton serta muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan, ketika era kegemilangan mereka pada 26 Mei yang lalu.
Namun, pengiktirafan tersebut seakan tidak dipersetujui Taufik yang mempertikaikan pemilihan Lee Chong Wei yang dianggapnya tidak sesuai kerana tidak pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik.
Video
@djayamkampung95 TAK PUAS HATI LEE CHONG WEI MASUK ???? ?? ???? ??? ???? #bwf #leechongwei #taufikhidayat #lindan ? original sound – PLAY MUSIC