Bekas pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa syukur pada Hari Wanita Sedunia dengan kehadiran isteri di sisi yang sentiasa bersamanya.
Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei Jadi Atlet Pertama Malaysia Ada Patung Lilin Sendiri Di Madame Tussauds!
Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei ‘Warning’ Scammer Guna Gambar Untuk Promosi Jus Buah Plum
Terima kasih isteri
Menerusi hantaran di TikTok, Datin Wong Mew Choo dilihat menahan kesedihan ketika suaminya berkongsi momen sukar sepanjang perjalanan hidupnya.
Difahamkan, video itu dirakam tanpa pengetahuan Mew Choo lalu dihantar ke Datuk LCW.
Seseorang rakam video ini dan hantar kepada saya. Inilah videonya, bila saya kongsi tentang hidup saya dimana waktu sukar buat saya sepanjang dalam karier. Saya menangis apabila melihat video isteri saya menahan kesedihan.
Apa lagi yang saya perlukan bila saya ada wanita ini?
Datuk LCW mengucapkan terima kasih dan menyatakan bahawa dirinya merupakan lelaki yang bertuah kerana memiliki Mew Choo sebagai isteri.
Dalam video tersebut, tindakan anak kepada pasangan bekas pemain badminton itu cuba menenangkan ibunya juga mencuri perhatian netizen.
Susulan daripada itu, bekas pemain badminton negara tersebut sempat menitipkan ucapan buat kesemua wanita sempena Hari Wanita Sedunia.
@leechongweiofficial Someone took this video secretly and sent the clip to me. This is a video of her , when I was sharing about the lowest point of my career. I saw this video, instantly I crumbled and cried. What else do I need in life when I have this girl ? Thank you wifey #wongmewchoo . I’m just the luckiest guy in the world. Love you ten thousand years. To all the lovely women around the world, Happy International Women’s Day! #EmbraceEquity
? original sound – Lee Chong Wei Official – Lee Chong Wei Official
Bagus anak dia…
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat keadaan Wong Mew Choo yang sehabis baik menahan air mata ketika itu. Selain itu, terdapat juga komen yang ditinggalkan buat anaknya yang dianggap mendapat didikan yang tepat apabila mengusap tangan ibunya yang sedang sebak.
Sumber: TikTok @leechongweiofficial