berita

Dipukul, Dimaki & Dibenci Ibu Kandung Semenjak Kecil, Wanita Ini Tetap Sayang & Doakan Ibunya. Sedih…

May 13th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

kisah ibu header

Tidak dapat dibayangkan kesusahan dan keperitan ibu untuk melahirkan anak di dunia setelah mengandungkannya selama 9 bulan. Ada yang sanggup berkorban melahirkan walau bergadai nyawa, begitu kuat ikatan kasih sayang ibu dan anak semenjak dari dalam rahim lagi.

Namun, tidak semua bertuah merasai kasih sayang seorang ibu. Semenjak kecil wanita ini dimaki dan dipukul ibu sendiri sehingga sanggup menggelarkannya babi, sial dan anak tak guna. Walaupun wanita ini dibesarkan tanpa pernah dipeluk dan dicium ibu, dia tetap sayang dan mendoakan kesejahteraan ibunya. Sebak!

Dari berumur 3 tahun saya dimaki ‘babi, sial’. Dibaling kuali sampai kepala berdarah.

Saya anak sulong dari ramai beradik, kematian abah tercinta 4 tahun lalu. Saya cuma nak cerita kisah saya yang sangat dibenci oleh emak saya sendiri.

Dari umur saya 3, 4 tahun adalah normal saya dimaki “babi, sial, anak tak guna, anak menyusahkan” sepak terajang tu biasa. Pernah sekali mak saya baling kuali atas kepala saya berdarah darah bila abah balik mak cakap saya nakal sangat terjatuh.

Bertahun-tahun pakai baju raya terpakai sedangkan Mak pakai berpuluh helai baju baru.

Saya membesar dengan hak saya sebagai anak tak diberi. Harijadi saya emak tak pernah amik peduli tapi akan sambut harijadi sepupu saya dengan kek besar dan macam macam hidangan.

Hari raya? Bertahun tahun kami pakai baju terpakai dari sedara mara tapi mak saya pakai baju baru berpuluh helai.

Abah saya adalah abah terbaik dunia akhirat. Tapi terlalu sibuk bekerja sebab anak ramai dan mak saya akan belasah saya bila abah bekerja.

Mak tampar sampai pecah bibir sebab makan sebatang aiskrim yang dah cair.

Dari kecik saya kene mengayuh basikal jual aiskrim tanpa upah dan pernah sekali saya makan sebatang aiskrim yang dah cair sampai rumah, mak saya tampar saya sampai pecah bibir saya.

Ada sekali masa umur saya 5 tahun saya mengadu dengan abah, mak cilikan kemaluan saya dengan cili padi, sejak tu saya pendam sampai tua.

Saya membesar dengan memberontak dan bencikan emak saya sendiri. Bila saya sudah remaja mak saya babikan saya, saya akan balas “kalau aku babi kaula mak babi”

Masa abah nazak Mak selalu cakap, ‘menyusahkan aku la orang tua ni, mampus pun bagus’

Saya kahwin dan dikurniakan anak. Sejak itu saya usaha berbaik dengan emak saya. Saya kerap balik tengok abah saya dan mak saya selalu cakap “kau takyah selalu balik tengok bapak kau. Nanti laki kau ada betina lain padan muka kau”

Ya akhirnya bekas suami saya bukan setakat menduakan saya malah mensepuluhkan saya. Saya bercerai tanpa sebutir airmata pun.

Kemudian saat paling merubah hidup saya, abah pergi selamanya. Hilang tempat mengadu bergantung kasih. Masa abah tengah nazak, abah memanggil manggil mak tapi mak saya selalu lafaz “menyusahkan aku la orang tua ni, mampos pun bagus”

Mak selalu burukkan suami. Tapi suami sabar dan selalu mendoakan Mak.

Saya kemurungan yang sangat teruk dan Allah temukan saya dengan seorang lelaki yang saya tak cinta.

Kami bernikah. Saya tak sangka kami sangat bahagia walau suami saya tidak berharta.

Mak saya? Memburukkan suami saya sana sini sampai saya ambil keputusan pindah jauh.

Mak tahu tak? Menantu yang mak burukkan ni la yang sentiasa doakan mak dalam solat solatnya. Yang sentiasa teringat “mak awak makan apa ya harini, abang rindu mak”

Saya tak balik rumah Mak sebab taknak Mak semakin bencikan saya.

Sekarang saya mengandung saya sangat rindu abah saya. Saya kerap balik rumah mak tidur atas tempat feveret abah berharap mimpikan abah.

Tapi mak saya cakap saya nak kikis duit dia, nak sesuatu dari dia. Sejak tu saya tak balik rumah mak atas niat taknak mak semakin benci saya.

Pengajaran dari kisah saya. Saya menjadi ibu yang terbaik untuk anak saya.

Saya berhati hati dengan kata kata dan doa terhadap anak saya. Saya pastikan anak saya membesar dengan kasih sayang yang melimpah ruah.

Walaupun membesar tanpa pernah dipeluk & dicium Mak, saya tetap sangat sayangkan Mak.

Saya akan pastikan hak hak anak saya sebagai anak saya tunaikan, saya jaga.

Walau saya membesar dengan tiada satu pun kenangan dipeluk dan dicium mak, saya sangat sayang mak saya. Saya bersyukur dapat mertua yang sangat sayang saya.

Allah adil Allah uji saya macam macam tapi Allah hadirkan suami dan mertua yang sangat baik dan Allah permudahkan urusan bersalin saya.

Hargailah anak anak korang jangan jadi macam emak saya walau anak ramai (ada yang disayangi) tapi yang dibenci yang kerap balik tengok dia walau kami tak dilayan. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.

sumber: KRT

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×