berita

Dirawat Di Hospital Sejak Mac, Lelaki Ini Pesakit Paling Lama Lawan Covid-19

September 30th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Suami kepada penyampai rancangan The Good Morning Britain, Kate Garraway kini menjadi pesakit paling lama melawan virus Covid-19 di United Kingdom (UK). Disahkan positif pada 28 Mac lalu, Derek Draper telah menghabiskan masa selama 184 hari keluar masuk unit rawatan insentif (ICU) dan menurut doktor, proses pemulihannya sangat perlahan.

Isteri seorang yang tabah

Menurut laporan The Sun UK, perkembangan Derek sangat perlahan dan dia kini telah dimasukkan ke hospital selama enam bulan. Ini menjadikannya antara salah seorang dari segelintir yang berada di dalam hospital untuk jangka masa yang lama. Salah seorang rakan Kate mengatakan dia merupakan isteri yang tabah dan kuat dan sifatnya itu menjadi dikagumi oleh semua orang.

Ini juga merupakan situasi sukar buat Kate kerana keadaan suaminya berubah-ubah, beberapa hari dia menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan 24 jam kemudian keadaanya kembali merudum.

Tidak dibenarkan melawat

Kate juga seakan tidak mempercayai keberadaan Derek di hospital dalam tempoh selama tu. Bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana suaminya itu masih diberikan peluang untuk bernafas ketika ramai orang kehilangan nyawa akibat wabak ini.

Personaliti TV itu turut bersedih kerana tidak dapat melawat suaminya itu akibat dari sekatan yang ketat. Sebaliknya, dia hanya mampu bergantung kepada doktor yang sering membuat panggilan video.

Sumber : The Sun UK

SKIP THIS AD ×