berita

Disahkan Kanser Payudara Tahap 3, 2 Kali Tolak Kemoterapi, Wanita Ini Bengang Dengan Penunggang Agama

January 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Disebalik kehidupan serba moden hari ini, masih ada lagi antara kita yang berpegang teguh pada kepercayaan terhadap perubatan tradisional atau alternatif. Buktinya, banyak klinik homeopati dan pengamal perubatan ini wujud dengan permintaan tinggi ahli masyarakat.

Lebih menyedihkan, ada yang menolak terus cara moden dan bergantung semata-mata kepada cara tradisional. Mungkin boleh, namun biarlah berpada-pada, jangan pula sampai ke tahap kritikal seperti yang terjadi kepada amah wanita ini.

Maid didiagnos barah payudara tahap 3

Seorang wanita di Twitter meluahkan kemarahannya apabila pembantu rumah yang sudah bekerja selama 20 tahun untuk keluarga disahkan menghidap barah payudara tahap 3. Tapi apa yang buat dia marah ni?

2 kali enggan jalani kemoterapi

Apa yang membangkitkan kemarahannya adalah pembantu rumah berkenaan menolak menjalani rawatan kemoterapi buat dua kali! Ini kerana ada golongan penunggang agama yang meyakinkan bahawa perubatan tradisional lebih berkesan dan mujarab.

Tak boleh salahkan dia juga..

Ujarnya lagi, wanita berkenaan tidak boleh dipersalahkan seratus peratus kerana dia datang dari latar belakang kurang pendidikan dan jauh dari kampung. Malahan, klinik terdekat memakan masa seharian memandu.

Orang takut tertegur ulama

Sumber: Zespooky

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×