Umum mengetahui, lagu ‘Semalam’ nyanyian Aina Abdul dan ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Wany Hasrita duet bersama Datuk Jamal Abdillah, layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) akan datang. Meskipun kedua-dua penyanyi ini berjaya mara ke pentas AJL, kontroversi mengenai busana mereka semasa pentas separuh akhir muzik-muzik minggu ketiga masih hangat diperkatakan.
Artikel berkaitan: ‘Juri Sama Je Setiap Tahun, Tukarlah!’ – Ramai Tak Puas Hati Pemilihan 12 Lagu Ke Final AJL35
Susulan daripada itu, pereka fesyen Syamil Fazwan dan Behati tampil memberi penjelasan mengenai kedua-dua busana yang dipakai oleh Aina Abdul dan Wany Hasrita sewaktu malam separuh akhir tersebut.
Interpretation of ‘Semalam’
View this post on Instagram
Menerusi laporan Astro Gempak, Aina Abdul memberitahu bahawa baju rekaan Syamil Fazwan itu melambangkan seorang wanita yang sudah lama meninggalkan kisah silamnya namun, tampil semula untuk bercerita. Jelasnya lagi, Syamil turut memberikan keterangan mengenai setiap perincian yang dibuat bagi busana tersebut.
Saya suka bereksperimen dengan fesyen. Sebenarnya, ada cerita disebalik busana saya. Bila orang lihat busana tersebut, saya nak semua orang nampak saya sebagai wanita yang kuat dan boleh datang semula untuk menceritakan apa yang pernah dilalui pada masa dahulu.
Aina juga telah memohon maaf kepada semua sekiranya busana yang dipakainya itu disamakan dengan watak hantu Valak dari filem ‘The Conjuring’.
Wany selesa pakai
View this post on Instagram
Sementara itu, pereka fesyen Behati pula memberitahu dia mereka pakaian tersebut berdasarkan personaliti Wany Hasrita. Tambahnya, penyanyi itu selesa memakai busana tersebut.
Wany ada memberitahu saya ketika fitting, dia merasakan pakaian itu meningkatkan keyakinan dirinya untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Walaupun menerima pelbagai komen dan reaksi daripada netizen, Wany masih tetap dengan pendiriannya dan berpihak kepada Behati.
Behati turut memberitahu bahawa amat penting bagi seseorang artis untuk bereksperimen dengan fesyen.
Sumber: Astro Gempak