berita

Disambut Secara Sederhana, Amy Search Nyanyi Lagu Istimewa Di Hari Lahir Erma Fatima

March 14th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

birthday erma

Usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu terus mencipta nama di persada seni tanah air. Kenyataan ini dibuktikan apabila nama Erma Fatima masih lagi dilihat relevan dalam dunia perfileman walaupun telah mencecah usia 46 tahun hari ini.

Tarikh bersejarah ini telah disambut secara sederhana dalam satu suprise birthday party yang diadakan oleh adiknya, Umie Aida dan beberapa orang sahabat handai.

Menariknya, menerusi sebuah video yang dimuatnaik dalam laman Instagram, lagenda rock Malaysia, Amy Search telah mendendangkan lagu khas untuk Erma di majlis tersebut.

Screen Shot 2014-03-14 at 11.11.58 AM

Umie Aida telah merakam video nyanyian Amy Search

Dalam video tersebut, Amy Search telah menyanyikan lagu hits kegemaran ramai yang berjudul ‘Tiada Lagi’ dengan penuh perasaan khas untuk Erma Fatima.

Dalam pada itu, laman Instagram Erma juga dibanjiri dengan ucapan selamat hari lahir daripada para peminat yang tidak lekang mendoakan kesejahteraan dirinya. Apakata mari kita tonton video nyanyian Amy Search itu dan beberapa keping foto lagi sekitar sambutan hari lahir Erma.

Kredit Foto: Instagram Umie Aida

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×