Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dilaporkan hilang selepas keluar beraya bersama rakan-rakannya di Puncak Alam, Selangor semalam. Mangsa yang tidak pulang ke rumah disedari oleh kakaknya sendiri.
Terbaru menerusi Sinar Harian, misteri kehilangan Syafiqah Farhan’ie Mohd Norhisyam tersebut terungkai apabila dia dikatakan tertidur di salah sebuah rumah rakannya.
Jumpa di rumah rakannya
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Astana Alam 3, Erizani Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu pada jam 1 pagi.
Pagi tadi, saya tanya keluarga mangsa masih belum jumpa dan terus tular kehilangan kanak-kanak itu dalam group WhatsApp penduduk dan sekolah.
Kita bimbang insiden tidak diingini terjadi, sebab itu ambil pendekatan tularkan perkara ini supaya ada pihak yang boleh membantu.
Alhamdulillah, lebih kurang jam 10 pagi tadi, kanak-kanak itu berjaya ditemui selamat di rumah rakannya yang satu kawasan kejiranan.
Alhamdulillah dia ditemui selamat
Sementara itu, Ketua Biro Keselamatan Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam, Roslan Ariffin memaklumkan tindakan pantas individu prihatin membantu mengesan kanak-kanak terbabit.
Kerjasama penduduk setempat membantu mengesan kanak-kanak ini yang rupa-rupanya tertidur di rumah jiran, mungkin letih beraya.
Alhamdulillah, dia ditemui dalam keadaan selamat.
Sumber: Sinar Harian