berita

Disangka Zara Zya, Izara Aisyah Pasrah Layan Peminat Sangka Dia Sombong

January 18th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Siapa saja yang tidak kenal dengan Izara Aishah? Lihat saja perkahwinannya beberapa bulan lalu yang mendapat liputan meluas media. Namun, popularitinya sebagai antara aktres berpengaruh di Malaysia belum tentu menjamin dia dikenali semua orang.

Ada peminat yang keliru antara Izara dan Zara Zya! Tidak dapat dipastikan peminat berkenaan memang tidak kenal atau terkeliru kerana nama mereka seakan-akan sama. Kelakar pun ada bila dengar cerita ini.

Ada yang panggil saya Zara Zya semalam

Izara berkongsi kisah lucu berkenaan di laman Twitternya. Menurutnya, peminat berkenaan memanggilnya dengan nama Zara Zya sehingga membuatkan peminat berkenaan menganggap Izara sombong kerana tidak memberi respon. Dah nama lain, macam mana hendak respon kan?

Kemudian, cerita Izara, peminat berkenaan membuat muka benci sambil memandang aktres jelita menantu Tokti itu.

‘Pasrah’ dengan nama baru berkenaan, Izara kemudiannya tetap mengajak peminat berkenaan untuk bergambar dengannya. Aduhai, kelakar habis!

Peminat terhibur dengan kisah itu

Nasib panggil Zara Zya…

Apa yang Izara buat baik sangat

Ada juga memuji tindakan Izara itu yang hanya layan sahaja peminat itu tanpa memalukannya. Iyalah, kalau diberitahu semestinya dia tersipu-sipu kemaluan. Pandai Izara menjaga hati peminat kan?

Dahlah silap nama, buat muka benci…

Takkan tak kenal queen?

Sumber: Izara Aishah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×