berita

Disekat Di Media Sosial, Fadzil Zahari Minta Pemilik Butik Terkenal Bayar Hutang?

June 5th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Fadzil Zahari merupakan suami kepada selebriti terkenal Yana Samsudin dan juga adik kepada pelakon Farid Kamil. Tidak hairanlah kalau apa sahaja dilakukan penerbit ini turut mendapat perhatian netizen.

Menerusi status terbaru Fadzil, dia memerli pemilik butik terkenal yang telah berhutang dengannya sebanyak 10k. Bayangkan sampai 3 tahun tak bayar hutang. Siapa agaknya orang itu yer?

3 tahun tak bayar hutang

Fadzil Zahari turut berkongsi beberapa keping foto individu terbabit sedang bercuti dan hidup bermewah. Status ini turut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya kenal dengan pemilik butik terkenal ini.

Pinjam 15k

Ketika itu dia berkawan baik dengan Yana (isteri) dan dia memujuk untuk meminjam wang sebanyak RM30,000 daripada Yana. Tetapi saya menasihati Yana agar tidak memberi wang sebanyak itu kerana ia satu jumlah yang agak besar.

Menerusi Harian Metro, Fadzil dan Yana akhirnya telah meminjamkan wang sebanyak RM15,000 kepada pemilik butik itu. Fadzil juga mendakwa, pekerja di butik pereka fesyen itu juga tidak dibayar gaji walaupun sudah mendapat wang yang dipinjam itu. Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menuntut semula hutang termasuk menghubungi ibu dan kakak pereka fesyen itu.

Katanya, ibu pereka fesyen itu didakwa ada membantu menjelaskan hutang sebanyak RM3,000 sahaja dan baki RM2,000 ditolak atas alasan bayaran sewa butik kerana mereka pernah menyimpan produk mereka di butik berkenaan, sebelum ini.

Tiada niat malukan dia

Saya tiada niat mahu malukan dia di laman sosial tetapi saya sudah beritahu kakaknya, bulan lalu kerana jika tiada maklum balas daripada pihaknya, saya terpaksa ‘bertanya’ di Facebook.

Fadzil turut mendakwa mempunyai bukti perbualan di aplikasi Whatsapp antara ibu dan kakak termasuk surat yang ditandatangani pereka fesyen itu yang menunjukkan akan menyelesaikan hutang dalam tempoh sebulan selepas meminjam pada Oktober 2015.

Penjual baju hipster tak mampu bayar?

Sumber : Fadzil Zahari, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×