Pengacara Maria Tunku Sabri menerusi laman Instagram diselar pengikutnya apabila menamakan menu masakan ‘Ikan Siakap 3 Rasa Terkesan Anggota PGA Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’. Rata-rata menyifatkan personaliti TV itu dilihat tidak sensitif terhadap keluarga mangsa yang terkesan.
Sebelum ini dilihat pengacara itu menulis mangsa Pegawai Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thai itu sebagai ‘mati katak’ kemudian disunting semula selepas ramai beranggapan salah terhadap maksudnya.
Tidak sensitif
Namun bagaimanapun, nama resipi yang dikongsikannya itu mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengikut. Tambahan pula dengan perkataan ‘mati katak’ dan pengikut menyelar tindakan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu adalah dilihat tidak sensitif.
Janganlah kata macam tu
Dalam pada itu, Maria dilihat respon kepada beberapa kritikan pengikutnya dan menjelaskan maksud disebalik kapsyennya itu. Katanya, dia hanya ingin menyampaikan berita terkini kepada umum dengan caranya tersendiri. Namun, ramai yang salah faham dengan cara tersebut.
Selepas menerima komen negatif daripada pengikut, Maria dilihat telah memohon maaf sekiranya niat itu disalah erti oleh segelintir pihak.
Sumber: Maria Tunku Sabri