berita

‘Diserang’ Bertubi-Tubi Ahli Seniman, Ini Kenyataan Balas Zed Zaidi

October 16th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Setelah membuat kenyataan media sebelum ini, Zed Zaidi menerusi Instagramnya sekali lagi menjawab kritikan masalah berkenaan kepimpinannya dalam Seniman yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Kenyataan tersebut dibuat secara panjang lebar bagi  menjawab persoalan ditimbulkan Tiz Zaqyah mengenai hak dan waktu kerja ahli persatuan itu yang tidak menentu dan tidak mempunyai manfaat khusus sebagai ahli. Tiz disokong oleh beberapa rakan artis antaranya Ungku Ismail, Sharifah Amani dan Syazwan Zulkifly berkenaan hal itu.

Masalah dalaman tak dibawa kepada orang ramai

Ujar Zed, adalah biasa apabila orang luar atau ahli memberikan pandangan positif dan negatif, namun agak luar biasa apabila ahli Seniman sendiri memberi pandangan  kepada umum sama ada baik atau buruk. Tambahnya, secara analoginya, apabila mempunyai masalah keluarga, adakah kita perlu menceritakan kepada umum pekung di dada?

Apabila berdepan masalah, ahli perlu mengikuti saluran yang betul untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan profesional. Ini kerana, baginya, Seniman adalah sebuah keluarga yang besar dan agak rumit untuk ditadbiri.

Anda ada hak bersuara melalui mesyuarat agung bukannya di media sosial

Sebagai ahli, Tiz ada hak untuk mengundi, hak bersuara dan memberi pandangan tetapi menerusi mesyuarat agung sahaja dan bukan melalui media sosial. Tambah Zed, Tiz tidak sepatutnya menuntut hak melalui saluran itu kerana semuanya telah diperuntukkan dalam perlembagaan Seniman.

Borang itulah hitam putih anda

Merujuk kepada persoalan diutarakan Tiz bahawa tiada dokumen hitam putih setelah mendaftar, Zed berkata untuk pendaftaran ahli perlu mengisi borang dan borang itulah dokumen hitam putih. Tiz berkemungkinan pernah mengisi borang dulu dan mungkin borang berkenaan sudah diisikan oleh wakilnya.

Zed juga mengatakan pihaknya akan mengeluarkan resit setelah ahli memperbaharui keahlian. Itu adalah prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi kerana Seniman akan diaudit setiap tahun.

Masalah perlu dikemukakan sekali idea penyelesaian

Menurut Zed lagi, segala pertanyaan Tiz mungkin perlu dijawab berjela-jela, sebab itulah mereka mempunyai mesyuarat agung. Namun dia mengingatkan, setiap isu perlu dikemukakan sekali idea penyelesaian. Seniman hanya bertindak sebagai fasilitator untuk membantu masalah ahli.

Kalau selesa dengan media sosial, ikut Seniman di Twitter, Facebook, Instagram

Zed juga mencadangkan Tiz mengikuti Seniman di laman sosial persatuan itu. Pelakon Sembilu Kasih ini juga meminta Tiz tidak berkecil hati apabila tidak tahu-menahu mengenai aktiviti persatuan. Tambahnya, dia sentiasa terbuka berjumpa ahli yang ingin mengetahui perkembangan Seniman. Zed juga sedia ditegur jika melakukakan kesilapan.

Sumber: Zed Zaidi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×