berita

Disoal Berapa Lama Kenal Bekas Kekasih, Ini Respons Padu Isteri Yonnyboii

March 16th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, isteri kepada penyanyi, Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa marah sebaik sahaja membaca soalan daripada pautan ‘Ask Me A Aquestion’.

Artikel berkaitan: Mohon Netizen Jangan Jaga Tepi Kain Orang, Yonnyboii Tak Kisah Isteri Pakai Seksi – ‘Dia Lawa Untuk Saya’

Artikel berkaitan: ‘Pernah Merasai Fasa ‘Sengkek’ Itu Sendiri’ – Yonnyboii & Alyph Kongsi Kisah Hidup Dalam Single Terbaru

Artikel berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, YonnyBoii Bakal Bergelar Bapa

Tanya kisah lama

Berdasarkan pautan tersebut, individu yang tidak dikenali identitinya itu telah mempersoalkan mengenai kisah perkenalan Nazira bersama bekas kekasihnya, iaitu Imran Aqil.

Berapa lama kenal Imran?

Susulan itu, Nazira tampil membidas pertanyaan tersebut dan berkata kenapa individu itu mahu mengetahui kisah silamnya. Jelas Nazira, dia kini bahagia bersama suami tersayang dan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Saya tengah mengandung dan telah berkahwin! Tapi awak bertanya tentang hubungan cinta lama yang telah berakhir dua tahun lalu?

Menerusi hantaran sama, Nazira memberitahu dia telah mendapat keizinan daripada suami dan bekas kekasih sebelum menjawab persoaalan itu dan berkongsi di khayalak ramai.

Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.

Sumber: Nik Nazira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×